Sukan

Sze Fei-Izzuddin makin hampiri kejuaraan Asia pertama

Pasangan beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani hanya selangkah lagi untuk memenangi kejuaraan Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China.

Pasangan negara mengesahkan tempat ke final selepas menewaskan rakan senegara Aaron Chia-Soh Wooi Yik, 21-14, 21-18 dalam perlawanan separuh akhir selama 40 minit di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik Ningbo.

Ini menandakan kali kedua Sze Fei-Izzuddin, yang menduduki ranking ke-19 dunia, menewaskan pasangan beregu lelaki terkemuka negara, yang merupakan pemain nombor 5 dunia.

Menunggu mereka di final ialah pemenang perlawanan separuh akhir lain antara Liang Wei Keng-Wang Chang dari China dan beregu Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan.

Kali terakhir pasangan Malaysia muncul juara beregu lelaki BAC ialah ketika kejohanan itu diadakan di Johor Bahru pada 2007, dengan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah menewaskan rakan senegara Koo Kien Keat-Tan Boon Heong 21-14, 11-21, 21-12.

(Visited 13 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button