Politik

Calon PH PRK Kuala Kubu Baharu masih dalam perbincangan – Gobind

Calon Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu masih dalam perbincangan, kata Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Gobind Singh Deo.
Memetik laporan BERNAMA, Gobind yang juga Pengerusi DAP Selangor berkata pihaknya menerima banyak cadangan nama sebagai calon PH dalam PRK itu dan senarai nama berkenaan sedang dipertimbangkan.
“Perbincangan bersama PH Selangor telah diadakan dan soal berkenaan dengan calon itu akan diputuskan, kemudian akan dibawa ke peringkat pusat dengan jawatankuasa yang dianggotai lima pemimpin akan membuat keputusan.
“Kami berharap dapat memuktamadkan keputusan untuk meletakkan calon dalam PRK Kuala Kubu Baharu dalam masa terdekat dan akan diumumkan sebelum hari penamaan calon,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada BERNAMA upacara sembahyang Hari Vaisakhi di Gurdwara Sahib Khalsa Land Camp Site di Kuala Kubu Baharu hari ini.
Mengenai kunjungannya ke Gurdwara Sahib Khalsa Land Camp Site bersempena dengan Hari Vaisakhi, Gobind yang juga Menteri Digital berkata selain untuk meraikan permulaan musim menuai mengikut kalendar masyarakat Punjabi dan Sikh itu, ia juga bertujuan beramah mesra bersama penduduk di kawasan berkenaan. – SM
(Visited 7 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button