BeritaPolitik

Syed Saddiq cuba jadi hero

ITU dakwaan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berhubung penangguhan pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) seperti diumumkan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan berita penangguhan itu menerusi video pendek yang dimuat naik berserta penjelasan ringkas dalam hantaran akaun Twitter beliau hari ini.

“Saya baru lepas berbincang dengan YAB @chedetofficial berkenaan isu ‘allowance critical’ (elaun kritikal).

“Alhamdulillah. YAB PM (Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad) bersetuju untuk
tangguhkan pekeliling baharu dan untuk membincangkan perkara ini dalam mesyuarat Kabinet yang akan datang,” tulisnya.

Bagaimanapun penjelasan itu hanya dilihat sebagai ‘drama terbaharu’ Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan tersebut.

“DRAMA TERBARU….! Dia juga berada dalam Kabinet ketika melulusan pemotongan elaun kritikal para profesional muda.

“Apabila rakyat marah, cuba pula tonjolkan diri bagaikan ‘hero’ kononnya memujuk PM ketujuh untuk buat pusingan U kepada dasar yang mereka sendiri perkenalkan,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook milik beliau.

Surat pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang dikeluarkan pada 20 Disember lalu menyatakan bahawa kerajaan akan memansuhkan BIPK membabitkan doktor, jururawat, jurutera dan profesional lain dalam perkhidmaran awam mulai Januari 2020.

(Visited 90 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button