Nasional

Sukarelawan KPLB turun padang di Bukit Changgang

LEBIH 400 orang sukarelawan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) turun padang di Bukit Changgang, Kuala Langat bagi meneruskan misi gotong royong dan pembaikan barangan elektrik pasca banjir di kampung-kampung sekitar Bukit Changgang.

4 buah kampung termasuk kampung orang asli (KOA) dijadikan sebagai kampung angkat oleh KPLB. Sebanyak 1,700 kediaman daripada 2,200 kediaman terjejas akibat banjir yang melanda baru-baru ini.

Kampung-kampung yang terlibat adalah Kampung Bukit Changgang, Kampung Labuhan Dagang, Rancangan Tanah Berkelompok Bukit Changgang dan Kampung Orang Asli Paya Rumput.

Turut hadir mengetuai misi KPLB adalah Ketua Setiausaha, Dato’ Ramlan Harun, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Dato’ Che Murad Sayang Ramjan, Ketua Pengarah KEMAS, Dato’ Mohamad Yasid Bidin, Ketua Pengarah MARA, Dato’ Azhar Abdul Manaf serta pegawai dan kakitangan KPLB dan Agensi.

Pihak KPLB turut menggerakkan pelajar-pelajar dalam bidang kejuruteraan elektrik di bawah institusi agensi iaitu KEDA dan MARA untuk melaksanakan perkhidmatan pemeriksaan pendawaian dan pembaikan barangan elektrik.

Misi yang dilaksanakan oleh KPLB ini adalah selaras dengan saranan Ketua Setiusaha Negara dalam menggerakkan agensi kerajaan serta menjadikan kawasan yang terjejas banjir sebagai kawasan angkat dalam memastikan pemulihan pasca banjir dapat dilaksanakan segera.

Inisiatif ini akan dilaksanakan selama seminggu di kawasan Bukit Changgang dalam memastikan kehidupan masyarakat yang terlibat dapat dipulihkan seterusnya diteruskan seperti biasa. – SM

 

(Visited 404 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button