NegeriPendidikanRencah Hidup

Suami isteri antara 58 polis Perlis dianugerah Sarjana UUM

PASANGAN suami isteri antara 58 warga Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perlis yang telah berjaya menamatkan pengajian dalam Sarjana Sains (Pengajian Strategik) di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah baru-baru ini.

Graduan diraikan pada Majlis Makan Malam Graduasi Sarjana Sains (Pengajian Strategik) UUM, Sintok, Kedah baru-baru ini.

Kesemua mereka selamat bergraduat pada Majlis Konvokesyen UUM Kali Ke-35 dan 36 di Sintok.

Kejayaan ini adalah hasil program khas di antara Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis dengan School Of International Studies (SOIS) UUM.

Program selama dua tahun ini bermula September 2020 dan berakhir April lalu.

Ia melibatkan dua kemasukan pelajar iaitu Fasa 1 sebanyak 35 orang dan Fasa 2 pula 23 orang.

Dengan kejayaan ini membuktikan kesemua Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis mampu menamatkan pengajian.

Para graduan bergambar dengan pengurusan tertinggi UUM selepas menerima Sarjana Sains (Pengajian Strategik) pada Majlis Konvokesyen UUM Kali Ke-35 dan 36 di Sintok.

Kesibukan melaksanakan tugas hakiki tidak menjadi halangan untuk menimba ilmu bagi memantapkan kelulusan akademik masing-masing pada tahap tertinggi.

Pasangan suami isteri Inspektor Zaitul Najahah Abd Patah dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Perlis dan Assisten Superitendan, Nor Azli Mohd Khlapiah sebagai Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (KBPJKK) IPD Padang Padang Besar yang masing-masing berusia 39 tahun ini sangat bertuah apabila dapat meraikan kejayaan ini bersama-sama.

Para graduan bergambar dengan pengurusan tertinggi UUM selepas menerima Sarjana Sains (Pengajian Strategik) pada Majlis Konvokesyen UUM Kali Ke-35 dan 36 di Sintok.

“Tempoh dua tahun sangat mencabar, tetapi kejayaan ini menghapuskan segala penat lelah kami,” kata Zaitul Najahah.

Pasangan ini amat bersyukur apabila akhirnya keduanya dapat menamatkan pengajian sekaligus menerima skrol yang diidamkan.

Kejayaan pasangan ini seharusnya menjadi pembakar semangat kepada pasangan lain supaya berusaha untuk menimba ilmu yang tiada batas sempadan ini.

Mohd Azwari Hasan

Deputi Superitendan Mohd Azwari Hasan, 42 dari Jabatan Logistik Dan Teknologi IPK Perlis pula menyifatkan pengalaman sebagai pelajar program ini agak mencabar minda dan kesabaran.

“Cabaran utama adalah masa yang terhad kerana dalam masa sama perlu mengalas tanggungjawab sebagai pekerja dan juga keluarga,” katanya.

Beliau mengakui rasa puas hati kerana program ini di mana kesungguhan tenaga pengajar yang tidak mengenal penat dan jemu bagi memberi tunjuk ajar supaya proses pembelajaran dengan berjalan lancar. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button