Nasional

STR Fasa 2 bantu rakyat kurang upaya, miskin

Penerima STR gembira dapat RM200

DILAHIRKAN 49 tahun yang lalu dalam keadaan cukup sifat dan sempurna, nasib malang menimpa Alisa Lazarath di usia 10 tahun. Ketika itu, dia dikatakan sedang bermain-main dan tanpa diduga, dia terjatuh menyebabkan kepalanya berdarah.

Ekoran daripada pendarahan itu, hari ini, Alisa adalah seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) dan dijaga oleh ibu saudara dan bapa saudaranya.

ALISA A/P M LAZARATH (tiga, kiri) bersama bapa saudara dan anak saudaranya, Sangeetha A/P Vasoo tiba di BSN Seremban untuk mendapatkan bantuan STR.

Menurut anak saudara Alisa, Sangeethe Vasoo, 29, ibu saudaranya memerlukan kos rawatan perubatan yang dianggarkan sekitar RM300 sebulan.

“Ibu saudara saya tidak makan makanan kenyal seperti kita sebaliknya dia minum susu. Jadi, apabila dia menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) hari ini, dia gembira,” kata Sangeetha.

SALAH seorang kakitangan BSN Seremban menyantuni Alisa Lazarath OKU untuk menerima bantuan STR Fasa 2.

Menzahirkan rasa lega dengan bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan, duit sebanyak RM200 itu akan digunakan untuk keperluan Alisa.

Related Articles

Alisa hanya tunggu di dalam kereta sementara Sangeetha membuat urusan di kaunter BSN dan urusan berjalan lancar dengan perkhidmatan yang dihulurkan oleh kakitangan bank.

Oleh itu, katanya, apabila menerima STR hari ini, besarlah harapan penerima agar bantuan ini diteruskan pada masa akan datang.

WARGA emas dan juga bekas pemandu lori, Lim Thong Yoon menerima RM200 bantuan STR Fasa 2 di BSN Seremban.

Seorang lagi penerima STR yang mengambil tunai di Bank Simpanan Nasional, Seremban, hari ini, Lim Thong Yoon adalah seorang warga emas.

Berusia 72 tahun, Lim pernah bekerja sebagai pemandu lori hantu tetapi apabila usianya mencecah 60 tahun, majikan enggan menggunakan perkhidmatannya lagi.

“Majikan kata saya elok sahaja duduk di rumah diam-diam dan bermain dengan cucu. Jadi, saya tidak ada pekerjaan selepas itu,” kata Lim yang juga menerima RM200 STR fasa kedua.

“Jadi, apabila kerajaan bantu kasi wang, dapatlah saya beli makanan di rumah,” katanya yang mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas bantuan STR yang dihulurkan kepada rakyat.

SHAHRUDIN ABDULLAH penerima bantuan STR Fasa 2 hanya perlu tunggu di dalam kereta disebabkan ketidakupayaan beliau untuk berjalan di tepi jalan BSN Seremban.

Shahrudin Abdullah, 71, juga penerima STR hari ini datang ke BSN Seremban untuk proses pembayaran.

Beliau yang sukar untuk bergerak kerana masalah sakit kaki yang berpunca daripada sakit lutut, hanya duduk di dalam kereta sementara menunggu anak lelakinya membuat urusan di kaunter BSN.

Seperti penerima-penerima lain, Shahrudin yang beberapa kali pernah menerima bantuan, tetap menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan dan berharap, bantuan kewangan ini diteruskan pada masa akan datang.

Yong Kim Hua, 62 juga menerima STR sebanyak RM200 berkata, kerajaan bagus kerana membantu rakyat yang susah.

“Duit ini untuk saya beli keperluan di rumah seperti makanan dan mahu ambil wang di bank pun senang.

“Tidak perlu tunggu lama. Dulu masa muda saya boleh kerja, sekarang sudah tidak mampu berkerja.

“Saya hidup dengan mengharapkan anak-anak bagi duit bulanan,” katanya yang tinggal di rumah pangsa Lobak, Seremban.

YONG KIM HUA gembira dan menunjukkan duit tunai yang diterimanya daripada STR Fasa 2 di BSN Seremban.

Pasangan OKU cacat penglihatan, Mohd. Nor Likin, 69 dan isteri, Aslinda Mohd Said, 49, datang bertongkat dan berpimpin ke BSN Seremban.

Mereka menerima jumlah yang sama STR seperti penerima-penerima terdahulu.

“Dalam keadaan rakyat susah, ada bantuan daripada kerajaan dan kami mengharapkan bantuan ini diteruskan pada masa akan datang,” kata Mohd Nor.

PENERIMA STR Fasa 2, pasangan OKU cacat penglihatan, Mohd Nor Likin dan isteri, Aslinda Mohd Said berjalan keluar dari BSN Seremban selepas menerima duit bantuan RM200.

Beliau berkata, duit yang diperoleh akan digunakan untuk membeli ubat darah tinggi dan kencing manis (diabetes).

Pemberian STR seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Anwar menyaksikan 8.7 juta golongan B40 sebagai penerima STR Fasa 2 bernilai RM1.26 bilion. Pengagihan STR Fasa 2 dibuat secara berperingkat-peringkat mulai hari ini. – SM

 

BACA Belanjawan 2023: Konsep Payung Rahmah meminimum beban sara hidup

BACA Peruntukan RM8 bilion untuk 9 juta penerima STR

Link Video TikTok

https://www.tiktok.com/@suaramerdekamy/video/7218409727825431814

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button