NasionalNegeri

Perlis bakal lantik 4, 644 ahli MPKK nama baharu ganti JKKK

MENTERI Besar Perlis Mohd Shukri Ramli mengumumkan bakal melantik 4, 644 ahli Majlis Pembangunan dan Keselamatan Kampung (MPKK) daripada 387 lokaliti di negeri ini.

Mohd Shukri berkata, MPKK adalah nama baharu bagi menggantikan sebelum
ini yang dikenali Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Katanya, MPKK yang dilantik kali ini juga tidak akan menerima elaun atau saguhati kerana kekangan kewangan yang dihadapi oleh kerajaan negeri.

“Pemilihan calon bagi mengisi jawatan MPKK kali ini juga melibatkan pelbagai latar belakang politik dan kaum bagi mengikut kesesuaian penduduk setempat,” katanya.

Kata Mohd. Shukri lagi, selain itu ia bagi memudahkan setiap rakyat berurusan dengan MPKK.

Selain itu, katanya, pelantikan MPKK ini akan dibuat berdasarkan cadangan dan pemerhatian supaya calon terpilih benar-benar sesuai dan layak.

“Diharap dengan pelantikan ini maka pembangunan, kemajuan dan keselamatan kampung dapat diurus tadbir dengan lancar,” katanya.

Selain itu kata Mohd Shukri, ia juga dapat membentuk masyarakat yang lebih proaktif dan bernilai murni sekaligus menyokong segala usaha kerajaan negeri. – SM

BACA Kerajaan baharu Perlis sedia terima teguran – Menteri Besar

BACA Mohd Shukri Ramli dijangka pimpin “Perlis Baharu” sebagai Menteri Besar

(Visited 138 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button