NasionalParlimen

Peruntukan RM8 bilion untuk 9 juta penerima STR

Kerajaan akan membantu meringankan beban hidup hampir 9 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan peruntukan hampir RM8 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekalipun STR dikaitkan sebagai bantuan kepada B40, tetapi juga mengambil kira bilangan penerima di mana STR telah memanfaatkan lebih 60 peratus daripada rakyat dewasa negara.

Beliau berkata, beberapa pembaharuan juga telah diambil kira supaya isi rumah yang benar-benar terkesan, mendapat manfaat yang lebih daripada STR.

“Isi rumah pendapatan kurang RM2,500 layak terima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak,” katanya pada pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani hari ini.

Anwar berkata, kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e- Kasih.

“Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600 kepada mereka,” katanya. yang juga Menteri Kewangan ketika Pembentangan Belanjawan 2023 di Parlimen, hari ini.

Berikutan itu katanya, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak terima sumbangan sehingga maksimum RM3,100.

Beliau berkata, sebanyak dua juta belia berusia dari 18 hingga 20 tahun akan ditawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah sebanyak RM200 setiap seorang dengan peruntukan berjumlah RM400 juta. – SM

(Visited 183 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button