Status diri Farawahida akhirnya terjawab, sah bergelar isteri hari ini
PENYANYI, Farawahida hari ini membuat pengumuman yang mengejutkan apabila memberitahu yang dia sudah bernikah hari ini.
Khabar gembira tersebut dikongsikan Farawahida menerusi akaun Instagram miliknya bersama sekeping gambar bersama suaminya.
“Alhamdullilah, hari ni saya sah bergelar isteri kepada Zulkifli dengan sekali lafaz di Masjid Daerah Taiping.
“Mohon rakan-rakan yang saya kasihi, doakan semoga kebahagian ini sampai hingga ke Jannah,” katanya.
Menurut Farawahida, majlis persandingannya masih lagi berlangsung dan akan memberi kenyataan selepas selesai sahaja majlis.
Ini merupakan perkahwinan kedua Farawahida selepas kali pertama mendirikan rumah tangga pada 16 Disember 2013.
Bagaimanapun, perkahwinan itu dikatakan terlahir berakhir pada 2017 selepas penyanyi lagu Tanpamu itu tidak lagi memuat naik gambar bersama bekas suaminya.
Farawahida juga tidak memberi sebarang kenyataan berkenaan perkara tersebut dan status perkahwinannya terus menjadi tanda tanya sehingga dia berkongsi gambar perkahwinan kali keduanya hari ini. -SM