Nasional

SPRM tahan pengarah terima rasuah sebuah Honda Accord bernilai RM174,500.00

SEORANG Pengarah Bahagian Pengurusan Fasiliti, Gred J52 di salah sebuah universiti awam telah ditangkap di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka pada petang ini.

Pengarahnya Mohd. Shahril Che Saad berkata, lelaki berusia dalam lingkungan 50-an ditahan pihaknya kira-kira pukul 3.00 petang bagi tujuan Siasatan di bawah seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

“Lelaki itu ditahan kerana disyaki telah menerima satu suapan harta alih iaitu sebuah kenderaan jenis Honda (Accord) 2.4 I-Vtec yang dianggarkan berjumlah RM174,500.00 daripada seorang pemilik
syarikat kontraktor di Klang, Selangor,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lelaki berkenaan didakwa menerima suapan berkenaan sebagai dorongan untuk memperoleh tender terbuka bernilai RM1,654,350.000.

Menurutnya, esok SPRM akan membuat permohonan reman ke atas lelaki berkenaan kira-kira pukul 9.00 pagi di Mahkamah Ayer Keroh, Melaka. – SM

(Visited 263 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button