Nasional

SPRM buru lelaki bantu siasatan kes palsukan dokumen

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes penggunaan dokumen palsu untuk mengeluarkan sijil kelahiran.

SPRM dalam kenyatannya berkata, lelaki tersebut, Joh Len Santi Apin, 34, mempunyai dua alamat terakhir di Lot 2K 0-9 University Condo Apartment 2, Jalan Kampung Dambai, Menggatal, 88450 Kota Kinabalu, Sabah dan di Kampung Vinilai, 89059 Kudat, Sudah.

Tambahnya, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Norsham Saharom di talian 089-668739 atau 012-867 7087. -SM

(Visited 320 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button