Parlimen

Belanjawan 2021 diluluskan

DEWAN Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bagi Bacaan kali ke-2.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan keputusan tersebut selepas pihak pembangkang gagal mendapatkan persetujuan maksimum 15 ahli Dewan Rakyat untuk membuat undi belah bahagian.

Hanya 13 ahli Parlimen pembangkang berdiri untuk menyokong undi belah bahagi sebaik sahaja Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz melakukan pengulungan di Dewan Rakyat.

“Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan kepada majlis bagi diputuskan. Masalahnya bahawa Rang Undang-Undang ini dibacakan kali kedua. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila katakan setuju.

“Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak. Lebih suara yang bersetuju,” kata Azhar.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar mencadangkan agar dijalankan undi belah bahagi.

Azhar kemudian bertanya sama ada cadangan tersebut mendapat sokongan maksimum 15 ahli Parlimen.

Bagaimanapun selepas dikira oleh bentara, bilangan ahli Parlimen yang berdiri menyokong cadangan tidak mencukupi.

“Tidak cukup 15 orang. Lebih suara bersetuju,” kata Azhar.

RUU Perbekalan 2020 dibentangkan Tengku Zafrul pada 6 November lalu dan dibahaskan di peringkat dasar oleh ahli-ahli Parlimen selama 8 hari bermula 9 November hingga 19 November.

Ia kemudian disambung dengan Jawapan oleh Menteri selama empat hari bermula Isnin lalu hingga hari ini.

Pada pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan mengumumkan peruntukan perbelanjaan sebanyak RM322.5 bilion.

Dengan RM236.5 billion (73.3 peratus) akan disalurkan untuk perbelanjaan mengurus (OE) dan RM69 billion atau 21.4 peratus bagi perbelanjaan pembangunan (DE) manakala baki RM17 bilion ialah untuk Kumpulan Wang COVID-19.-SM

(Visited 195 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button