Berita

Siti Kasim peguam negara yang baharu?

SITI Kasim antara yang disebut-sebut selain peguam terkemuka Mohamed Hanif Khatri Abdullah dan Datuk Malik Imtiaz Sarwar bakal menggantikan Tan Sri Tommy Thomas bagi mengisi jawatan Peguam Negara.

Difahamkan Tommy akan tamat kontraknya sebagai Peguam Negara pada Mei tahun hadapan dan kemungkinan besar tidak akan disambung semula.

Mohamed Hanif Khatri Abdullah

Tommy yang dilantik pada 2018 di bawah pentadbiran Pakatan Harapan sering kali melakukan tindakan yang tidak melambangkan jati diri sebagai seorang Peguam Negara.

Beliau juga dikatakan gagal berperanan yang sepatutnya iaitu menjadi benteng kepada kedaulatan negara dan keselamatan rakyat ternyata gagal dilaksanakan.

Tindakan mengelirukan masyarakat oleh Tommy Thomas termasuk menggugurkan dakwaan rasuah Lim Guan Eng dan Phang Li Koon yang sedang dalam perbicaraan.

Beliau juga mengetepikan Majlis Raja-raja dalam isu meratifikasi Statut Rom dan memberi cadangan yang salah kepada kerajaan dalam isu yang sama.

Tommy juga memfailkan saman sivil bagi pihak Kerajaan Persekutuan ke atas Kerajaan Negeri Kelantan dalam isu tanah Orang Asli. Sedangkan isu berkenaan tanah dan hutan adalah di bawah kuasa Kerajaan Negeri yang dijamin dalam Perlembagaan Negara.

Beliau juga memfailkan afidavit bahawa arwah Adib meninggal dunia bukan sebab dipukul sedangkan kes arwah Adib masih dalam perbicaraan.

Terbaharu ialah beliau turut terbabit dalam kontroversi penyeludupan masuk abu mayat pemimpin Komunis Chin Peng.

Selain mempunyai hubungan rapat pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), beliau pernah menjadi peguam kepada Chin Peng dan PKM.

(Visited 142 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button