Politik
Trending

Siti Kasim mahu saman Pekida

PEGUAM dan aktivis Siti Kasim dilapor akan saman Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah (Pekida) selepas satu laporan polis dibuat terhadapnya.

Siti mendakwa, pertubuhan itu membuat laporan palsu terhadapnya berhubung satu kenyataan menyentuh penutupan sekolah tahfiz dan penggantungan jualan arak.

Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan itu diputarbelit pihak tertentu termasuk Pekida sehingga tular dalam media sosial.

“Saya hendak saman mereka kerana membuat laporan palsu kepada polis berdasarkan artikel dari laman sesawang pihak ketiga.

“Siasatan dibuat berhubung hantaran saya mengenai PAS yang bising sangat mengenai pengharaman alkohol.

BACA > Remaja Selangor jalani pemulihan meningkat — Suara Merdeka

“Sesetengah pihak sudah memutar belit kenyataan saya dan ia menjadi tular. Pekida membuat beberapa aduan ke atas saya.”

Kata Siti seperti dilaporkan portal Malaysiakini selepas beliau disiasat polis berhubung kenyataan berkaitan sekolah tahfiz itu.

Terdahulu, beliau menggesa kerajaan turut menutup sekolah tahfiz sekiranya mahu mengharamkan penjualan arak di negara ini.

Bagaimanapun, beliau mendakwa kenyataannya telah disalah erti menyebabkan dipanggil pihak polis bagi menjalankan siasatan.

“Nampaknya sama seperti orang lain sesiapa yang mempersoalkan PIS (PAS) akan dipanggil oleh Bukit Aman. Saya salah seorang daripadanya. Hannah Yeoh seorang lagi,” katanya dalam Facebook semalam.

BACA > Bukan mudah wujudkan kemesraan begini — Suara Merdeka

https://www.facebook.com/sitikasim/posts/10223204737769573

Pada 26 Mei lalu, Siti memuat naik satu kenyataan berhubung isu penjualan arak.

Berdasarkan kenyataan tersebut, beliau memaksudkan isu sebenar adalah individu mabuk yang tidak bertanggungjawab dan bukan arak.

“Sama macam sekolah-sekolah tahfiz bukan masalah. Pengurusan sekolah itu yang menjadi masalah.

“Kamu nak haramkan alkohol hanya kerana ia sesuai dengan kehendak kamu?

BACA > Mahathir tiada sokongan untuk jadi PM semula? — Suara Merdeka

“Jadi haramkan sekolah-sekolah tahfiz juga kerana ia menyebabkan banyak kemudaratan kepada anak-anak kita yang tak berdosa,” ujarnya. – SM

(Visited 789 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button