NasionalNegeri

Sistem pertahanan negara perlu pada tahap maksima

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah ketika berangkat menghadiri Sesi Taklimat Eks PERBAH 2024 di Dewan BAKAT Kem Bukit Keteri.

SISTEM pertahanan negara mesti sentiasa berada pada tahap yang maksima dan digeruni musuh. Demikian titah Raja Muda Perlis Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Tentera Darat Malaysia Yang Ke-91 bertemakan ‘Gagasan Tentera Dan Rakyat Kekal Siaga’ pada tanggal 1 Mac setiap tahun.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian selepas berkenan berangkat menghadiri Sesi Taklimat Eks PERBAH 2024 di Dewan BAKAT Kem Bukit Keteri.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Timbalan Komander, Leftenan Kolonel Lasahi Laiji.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan barisan yang akan mengikuti Eks PERBAH 2024 di Kem Bukit Keteri.

Tambah Raja Muda yang juga merangkap Komander rejimen yang memegang slogan ‘Latih Untuk Perang’ berkenaan, ‘Kerjasama di antara agensi-agensi di Negeri Perlis dan Tentera Darat Malaysia menerusi pelbagai inisiatif memberi manfaat dalam jaringan strategik organisasi dan mobilisasi rakyat menerusi Askar Wataniah khususnya dengan khidmat sokongan operasi dan pengurusan bencana.

Usaha ini penting kerana keberadaan dan kekuatan angkatan bergantung kuat kepada faktor “intangible assets” seperti ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bersama barisan yang bakal menyertai Eks PERBAH 2024 di Kem Bukit Keteri.

Adalah diseru supaya kepimpinan di segenap peringkat menjadikan gagasan dan kerjasama sedemikian sebagai landasan menuju kecemerlangan dan kegemilangan. – SM

BACA Angkatan simpanan perlu diintergrasi dengan pelan pembangunan, pertahanan negara

(Visited 50 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button