Politik

Pemuda UMNO kecam Abdul Hadi, Hassan Karim

Pergerakan Pemuda UMNO mengecam sekeras-kerasnya tindakan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim kerana tidak menghormati institusi raja.

Ketua Pemudanya, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, beliau akan menegur mana-mana individu atau parti yang melakukan tindakan sedemikian.

Menurutnya, satu undang-undang khas wajar digubal untuk mengawal sebarang tindakan tidak beradab khususnya mereka yang derhaka terhadap institusi Raja-Raja Melayu sejajar dengan prinsip Rukun Negara.

“Institusi raja bukan modal untuk sesiapa meraih dividen politik bagi survival mana-mana individu atau parti malah ia harus dihormati, dimartabat dan dipelihara.

“Saya kesal dengan kenyataan Abdul Hadi dan Hassan terhadap institusi raja baru-baru ini. Ini cukup jelas menunjukkan satu sikap yang tidak beradab dan mewujudkan prasangka terhadap institusi raja-raja.

“Kenyataan Abdul Hadi tidak langsung mengaitkan titah ucapan Sultan Selangor dengan sikap raja-raja yang perlu berwawasan kepada kehidupan akhirat dan tidak mengejar kepentingan dunia semata-mata.

“Kenyataan Hassan pula menyatakan Agong melangkaui batas susulan titah baginda semasa pembukaan parlimen lalu amat dikesali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (Jumaat).

Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, kedua-dua ahli politik ini telah membuat satu kenyataan yang amat tidak bersesuaian serta tidak beradab dari sudut orang peradaban orang Melayu.

Katanya, mereka sepatutnya sentiasa menghormati dan memelihara adab ketika menyuarakan pandangan dan nasihat kepada Raja-Raja Melayu.

“Saya yakin konteks yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor bertujuan untuk memastikan keharmonian, kestabilan dan perpaduan rakyat Malaysia terus terpelihara,” ujarnya. – SM

 

(Visited 70 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button