Auto TravelRencah Hidup

Sisi terasing si penjual kereta

KERJA sebagai penjual kereta dianggap antara pekerjaan yang lumayan bagi sesetengah orang kerana memberikan imbuhan tambahan di samping gaji.

Imbuhan itu sudah semestinya komisyen jualan. Semakin banyak kereta terjual, maka banyak juga komisyen akan diperoleh.

Tidak kiralah sama ada kereta baharu ataupun kereta terpakai. Paling menjadi perhatian pastinya penjual kereta jenama paling laris di negara ini.

Namun tidak ramai menyedari terdapat sisi yang terasing tidak diketahui umum, tetapi terpaksa dihadapi oleh para penjual kenderaan.

Antaranya melayan kerenah pelanggan yang mempunyai macam-macam ragam. Yalah… mereka hendak beli kereta baharu kan? Mestilah minta macam-macam free gift.

Seorang salesman kereta berpengalaman menyenaraikan sembilan cabaran yang perlu dihadapi dalam memenuhi kerenah pelanggan.

Antara cabaran yang diberitahu adalah terpaksa keluarkan duit poket sendiri untuk memberikan kepuasan kepada pelanggan. Adakah anda rasa itu benar-benar berbaloi?

“Jadi seorang jurujual lebih banyak makan hati atau lebih senang hati?

“Pertama, ada orang bila minta duit booking, dia kata kereta baru sahaja lulus loan, salesman dah meminta macam-macam, memandai tambah itu,minta ini, dah pernah jumpa.

“Kedua, ada orang sesuka hati minta salesman genapkan duit downpayment. ‘Ala RM200 je, saya bayar RM9000 jela, selebihnya tak kan salesman tak boleh setel‘. Pun pernah jumpa.

“Ketiga, ada orang suka banding-bandingkan ‘free gift’ salesman itu dengan salesman ini beri. Dia beri 30 item, kenapa awak berkira bagi 15 item je.

“Dia tak tahu, tinted dia dah minta free, minyak dia mintak isi penuh. Kering duit salesman dia tak tahu, itu pun salesman keluar duit poket sendiri nak gembirakan hati customer. Pernah kena.”

Demikian kata seorang penjual kereta, Mohamad Zulhelmi Zainal Abidin yang berkongsikan pengalamannya berhadapan kerenah pelanggan.

Katanya lagi, masalah pelanggan tidak mempercayai salesman juga bukan perkara asing baginya sehingga terpaksa menjawab pelbagai soalan termasuk daripada ahli keluarga pembeli kereta.

MOHAMAD ZULHELMI ZAINAL ABIDIN (kiri) berkongsikan pengalamannya sebagai seorang penjual kereta.

“Keempat, ada orang suka desak salesman nak kereta cepat. Kalau tengok kereta hari ini, lulus loan, esok nak kereta ada depan pintu rumah dah, tak kira.

“Mungkin dia tak tahu, salesman ini jurujual sahaja ,urusan stok dia pun tak boleh kawal. Salesman ini kalau boleh, hari ini dapat stok, esok nak terus hantar ke customer, tak nak simpan-simpan lelama. Pernah merasa.

“Kelima,ada orang dari awal sampai akhir urusan jual beli,dia tak pernah percayakan salesman.

“Anak nak bayar downpayment, diangkutnya seluruh keluarga datang jadi saksi. Takut salesman menipu duit dia. Salesman pun ada keluarga nak diberi makan,takde la nak menipu duit customer. Pernah lalui.

“Keenam, ada orang, loan dia tak lulus pun dia marahkan salesman. Dia cakap salesman tak pandai la, tak power la, tak reti ejas la.

“Kalau dah dia pun bagi salesman rekod berterabur CCRIS, AKPK, loan lapok berpuluh-puluh ‘K’ mana maunya nak senang lulus.

“Tak kira yang memandai buat loan lain masa tengah tengah buat loan kereta lagi. Masalah masyarakat. Pernah ada pengalaman.

“Ketujuh, ada orang cucu dia beli kereta pun nak mintak duit kopi dengan salesman. Datang bersama ini, tengok kereta. Sebab tunjuk jalan ke showroom kata dia. Pening kepala salesman.

“Kelapan, ada orang dia buat loan, submit loan dekat dealer lain. Datang showroom sambil tengok kereta, datang dekat kita tunjuk LOU kenapa interest tinggi macam ‘Gunung Everest’.

“Manalah kita tahu, bukan kita yang submit loan untuk awak. Masyarakattttt. Ingat kita ahli nujum ke?

“Kesembilan, sebenarnya aku pun tak tau orang macam ni nak apa,nak beli kereta ke nak share masalah dengan salesman?” soal Mohamad Zulhelmi.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan ramai juga pelanggan yang baik hati dan berbudi bahasa.

Sepatutnya, kalau kita hendak beli kereta lagi-lagi model baharu, seelok-eloknya berbaik-baiklah dengan penjual kereta.

Yelah… mana tahu banyak benda dia boleh bantu kita termasuklah bantu mendapatkan pinjaman kenderaan, lagi-lagi kalau kita berada dalam keadaan yang sangat memerlukan.

Jadi, kalau anda berminat untuk mendapatkan kereta baharu dengan Mohamad Zulhelmi, bolehlah hubunginya dengan klik link ini (www.wasap.my/601116070097). – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button