Luar Negara

Singapura akan perkenal kaedah baharu penilaian penjawat awam

SEKTOR perkhidmatan awam di Singapura bercadang untuk memberi penekanan lebih besar dalam penilaian kecekapan kakitangan awam negara itu.

Pembaharuan tersebut akan dilaksana berdasarkan kepada penilaian penjawat awam pada tahun lalu.

“Perkara itu dinyatakan dalam pelaksanaan tanggungjawab terbesar seseoran pegawai dalam kerjayanya dalam perkhidmatan awam.

“Pada hari ini, ia digunakan sebagai pengembangan bakat jangka panjang dan kaedah pengesanan kepemimpinan utama serta pengurusan kerjaya bagi pegawai yang progresif.”

Demikian kata Menteri penyelia perkhidmatan awam Singapura, Chan Chun Sing dalam Parlimen negara itu seperti dilapor Channel News Asia (CNA) semalam.

Beliau berkata demikian menjawab soalan daripada Anggota Parlimen, Ng dari Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Bagaimanapun, beliau memaklumkan sistem Penilaian Potensi Semasa (CEP) masih tetap diteruskan sebagai kaedah utama dalam penilaian penjawat awam.

Namun ia akan digunakan sementara kaedah baharu diteliti dan diperkenalkan.

“Sementara itu CEP masih lagi berguna sebagai kaedah untuk mengenalpasti dan mengembangkan potensi kepemimpinan pegawai.

“Namun kerajaan perlu menyesuaikan beberapa perkara bagi menerapkannya.

“Kompetensi kepimpinan menjadi faktor kepada pembaharuan CEP nanti yang lebih holistik,” katanya. – SM

(Visited 180 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button