Politik

Silap kecam: Ketua Pemuda MCA mohon maaf kepada Siti Zailah

KETUA Pemuda MCA Nicole Wong membuat permohonan maaf kepada Siti Zailah Mohd Yusoff kerana mengecam beliau sebagai tidak layak untuk menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Menurut Nicole kecaman yang dibuat terhadap Siti Zailah melalui  Twitternya sebagai reaksi terhadap artikel berita yang diterbitkan Malaysiakini bertajuk  “SIS : Underlying tone in Siti Zailah’s ‘advisory’ video wrong”.

“Maaf, Siti Zailah tidak layak menjadi Timbalan Menteri KPWKM. Mendiamkan diri perbuatan ganas suami? Ia tidak boleh diterima langsung,” ciap Nicole menerusi Twitter rasminya.

Jelas Nicole, ciapan yang ditujukan kepada Siti Zailah adalah berdasarkan kandungan berita Malaysiakini dan tidak mengambil kira video timbalan menteri itu yang dijadikan isu oleh Sister in Islam seperti yang dilaporkan oleh portal tersebut.

“Selepas menonton video “Rumah Tangga Bahagia Fasa PKP” YB Siti, saya tidak lagi bersependapat dengan Malaysiakini bahawa kenyataan-kenyataan beliau adalah tidak sesuai. Dalam video tersebut, YB Siti hanya memberikan nasihat umum dan holistik mengenai bagaimana untuk menguruskan konflik rumah tangga semasa PKP.

“Beliau juga menggesa mangsa keganasan rumah tangga untuk meminta bantuan, melalui helpline yang dikendalikan oleh kementerian. Beliau juga menjelaskan bahawa semua aduan yang diterima buat masa ini telahpun diselesaikan.

“Oleh yang demikian, saya dengan rendah diri ingin memohon maaf kepada YB Siti Zailah. Saya telah melakukan kesilapan dalam membuat penilaian dengan terlalu cepat dan hanya berdasarkan satu sumber,” kata Nicole.

BACA

Malaysiakini sebelum itu menerbitkan laporan bertajuk ‘Mesej tersembunyi’ dalam nasihat Siti Zailah salah, kata SIS’.

Laporan itu menyatakan Sister in Islam berpandangan mesej tersembunyi di sebalik nasihat Siti Zailah  menerusi video berdurasi lima minit berkenaan hubungan suami isteri ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) sebagai tidak boleh diterima.

NGO itu berkata, nasihat Siti Zailah mempunyai mesej tersembunyi bahawa wanita perlu bersabar, menerima dan memaafkan tingkah laku ganas suami mereka.

“Ini tidak boleh diterima dan sebagai timbalan menteri, beliau sepatutnya memperkasakan wanita dengan menegaskan mereka layak untuk bebas daripada keganasan dan ketakutan, selain menegaskan keselamatan kanak-kanak dan wanita adalah keutamaan kementeriannya,” kata Sister in Islam seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

NGO itu berkata, video Siti Zailah menunjukkan kementerian tersebut gagal memahami isu dan keadaan dalam sebuah hubungan di mana keganasan rumah tangga berlaku.-SM

 

 

 

(Visited 458 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button