fbpx
Hiburan

Resistiré 2020 inspirasi Sepanyol tentang COVID-19

RAKYAT Sepanyol yang terus berjuang membendung penularan wabak COVID-19 menjadikan lagu “Resistiré 2020” sebagai semangat menentang pandemik yang setakat ini mengorbankan 16,353 mangsa di negara itu.

Resistiré 2020 yang didedikasikan kepada petugas barisan hadapan serta rakyat yang sedang menjalani kuarantin di rumah dan hospital itu dilagukan oleh lebih 50 penyanyi dan pemuzik.

[BACA] 270 rakyat Malaysia masih terkandas di selatan Thailand – Suara Merdeka
[BACA] Heboh lagu tentang virus korona dicipta 30 tahun lalu — Suara Merdeka

Senario di negara itu menyaksikan sebahagian besar rakyat Sepanyol akan keluar di balkoni rumah masing-masing pada setiap malam menyanyikan lagu itu yang bermaksud I Will Resist.

Mereka bertepuk tangan sebagai tanda berterima kasih kepada doktor dan petugas kesihatan.


Perkembangan 24 jam lalu di negara itu merekodkan 4,800 kes COVID-19 lagi menjadikan keseluruhan 161,852 kes.

Berikut senarai artis “Resistiré 2020” yang mengambil bahagian:

Penyanyi:

  • Álex Ubago
  • Álvaro Soler
  • Andrés (Dvicio)
  • Andrés Suárez
  • Blas Cantó
  • Carlos Baute
  • Conchita
  • David Bisbal
  • David Otero
  • David Summers
  • Despistaos (Dani Despistaos)
  • Diana Navarro
  • Ele
  • Georgina
  • India Martínez
  • Iván (Efecto Pasillo)
  • José Mercé
  • Manuel Carrasco
  • Melendi
  • Mikel Erentxun
  • Nil Moliner
  • Pastora Soler
  • Pedro Guerra
  • Pitingo
  • Rosana
  • Rozalén
  • Rulo
  • Sofia Ellar
  • Susana (Efecto Mariposa)
  • Vanesa Martín
[BACA] Disiplin rakyat Jepun gagal kekang Covid-19 — Suara Merdeka
[BACA] Perlukah artis diberi layanan istimewa dalam situasi getir? — Suara Merdeka

Pemuzik:

  • Cristian Chiloé
  • Marcelo Novati
  • Toni Mateos
  • Ludovico Vagnone
  • David Palau
  • Josemi Carmona
  • Roberto Lavella
  • Riki Rivera
  • Pablo Cebrián
  • Julio Tejera
  • Iñaki García
  • Alberto Miras
  • Javier Lozano
  • Nacho Mañó
  • Paco Bastante
  • Martín Leiton
  • Charlie Moreno
  • David Carrasco
  • Iván del Castillo
  • Alfred García
  • Luis Dulzaides

– SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button