fbpx
Politik

Shafie ditentang anak buah dan pertandingan lima penjuru

PRESIDEN Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhadapan dengan pertandingan lima penjuru di Dewan Undangan Negeri Senallang, Semporna dalam Pilihan Raya Negeri Sabah.

Salah seorang calon merupakan anak buahnya sendiri dari parti Bersatu, Norazman Utoh Nain. Norazman merupakan Naib Ketua Bersatu Bahagian Semporna.

Shafie yang merupakan penyandang jawatan Ketua Menteri Sabah turut ditentang calon daripada Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Mohammad Ramzan Abdul Wahab dan calon Parti Cinta Sabah (PCS), Madjalis Lais.

Seorang lagi calon yang akan mencabar Shafie ialah Datu Pengiran Ahmad Datu Ali Alam dari PPRS.

Pada pilihan raya umum lalu Shafie menang dengan majoriti 5,301 undi.


Sementara itu dua lagi kerusi DUN dalam Parlimen semporna, iaitu N64 Sulabayan menyaksikan calon paling sedikit – tiga orang – manakala N66 Bugaya dengan calon paling ramai – tujuh orang.

Penyandang DUN Sulabayan ialah Dr. Jaujan Sambakong (Warisan) akan dicabar  Abdul Manan Indanan (BN) dan Alahuddin Mohd Sarah (PCS).

Di DUN Bugaya calon Warisan Manis Buka Mohd Darah bakal berentap dengan Daud Tampakong (Bersatu), Jihek Basanu (PCS), Ahmad Kenajaan (Usno) dan Taraji Jamdi (PPRS).

DUN Bugaya juga akan turut ditandingi dua calon bebas, iaitu Abdul Jan bin Muammin @ Abdul Jim dan Rasidan Abd Latiff. -SM

 

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button