Hiburan

Drama Supernatural akhirnya ditamatkan

DRAMA Hollywood berjudul Supernatural pernah menjadi fenomena dan mendapat pengikut yang ramai terutamanya di dalam negara.

Sambutan baik yang diterima itu juga telah membuatkan drama tersebut bertahan selama 15 tahun.

Namun, kemunculan drama-drama bersiri lain telah mula menenggelamkan pengaruh Supernatural yang akhirnya membawa kepada penamatan siri drama tersebut.

Supernatural bakal melabuhkan tirainya menerusi musim terakhir yang akan ditayangkan bermula Oktober ini.

Pelakon utamanya, Jensen Ackels yang membawa watak Dean Winchester antara yang sangat terkesan dengan pengumuman tersebut.


“Perjalanan yang panjang sudah hampir ke penghujungya. Jared sudah pun mempunyai tawaran kerja yang lain, begitu juga saya. Kami akan cuba hasilkan musim penamat yang akan diingati selama-lamanya.

“Saya berasakan ini bukanlah penamat kepada cerita ini, rasanya macam seolah-olah kami akan gantung sebentar siri ini dan bila ada kesempatan di masa akan datang, ia akan bersambung semula,” katanya.

Sementara itu, rakan gandingannya, Jared Padalecki yang membawakan watak adik kepada Dean iaitu Sam Winchester juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih di atas sokongan peminat siri tersebut.

“Hari terakhir saya memainkan watak Sam Winchester. Sudah tentu saya sedikit beremosi namun saya akan habiskan tanggungjawab saya terhadap watak ini.

“Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan terhadap drama ini sejak ia mula bersiaran 15 tahun lalu,” tulisnya.

Tujuh episod terakhir Supernatural akan mula ditayangkan mulai 8 Oktober di saluran CW.

Supernatural yang diterbitkan Eric Kripke mula bersiaran pada 13 September 2005. Ia mengisahkan tentang dua beradik lelaki yang memburu hantu dan entiti misteri yang mengganggu kehidupan orang di sekeliling mereka. -SM

(Visited 94 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button