Politik

Serangan peribadi: Azalina berterima kasih pada Syed Saddiq

TIMBALAN Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mempertahankan dirinya daripada serangan peribadi di media sosial.

Seorang pengguna membuat serangan peribadi terhadap Ahli Parlimen Pengarang itu dengan mengatakan Azalina sebagai tidak tentu jantina pada gambar yang dikongsi oleh Syed Saddiq di Facebooknya.

“Bergambar dengan Speaker memang awesome. Jangan pula bergambar dengan timbalan, dia tidak tentu jantina,” kata pengguna Facebook bernama Zulkiflee Arip.

Bagaimanapun komen Zulkiflee itu dibalas oleh Syed Saddiq dengan mengingatkan pengguna Facebook itu tidak menjadikan ia sebagai bersifat peribadi.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu menegaskan dia menghormati Azalina kerana Ahli Parlimen Pengerang itu lantang bersuara mengenai hak wanita dan kanak-kanak.

Menurut Syed Saddiq, Azalina ketika menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri berjaya menjadikan Rang Undang-undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak sebagai realiti pada 2017.

“Zulkiflee Arip tidak perlu personal. Saya menghormati Timbalan Speaker baru. Lantang bersuara soal wanita dan hak kanak kanak. Anti-grooming law pun dia yang berjaya realisasikan.

Politics will be politics. But there must be respect and a common dream to make Malaysia a better place for all,” kata Syed Saddiq.

Azalina dalam Twitternya mengucapkan terima kasih kepada Syed Sadiqq atas kenyataan tersebut.

“Thank you YB Syed Saddiq,” ciap Azalina.

Dewan Negara meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 pada 26 April 2017 setahun selepas ia diperjuangkan oleh Azalina.

RUU tersebut adalah akta pertama dan menjadi sejarah dalam sistem perundangan negara yang mewujudkan definisi pornografi terhadap kanak-kanak.

RUU berkenaan juga mengiktiraf kanak-kanak sebagai saksi kompeten dan akan mengambil kira keterangan kanak-kanak terlibat di mahkamah mengambil kira situasi kanak-kanak tersebut.

Turut ditekankan kesalahan yang melibatkan komunikasi seksual individu dengan seseorang kanak-kanak.

RUU itu memperuntukkan mana-mana orang yang membuat, menghasilkan, mengarahkan pembuatan atau penghasilan pornografi kanak-kanak boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 30 tahun dan hendaklah dihukum sebat tidak kurang lima kali sebatan, jika sabit kesalahan.-SM

(Visited 357 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button