Luar Negara

Populasi manusia di muka bumi akan mengecil buat kali pertama

POPULASI manusia di muka bumi ini diramalkan akan mengecil buat kali pertama dalam tempoh beberapa ribu tahun berdasarkan kajian oleh pakar.

Ramalan yang diterbitkan oleh Lancet dan dipetik dari Mirror itu meramalkan populasi dunia akan meningkat daripada 7.8 bilion sekarang kepada 9.7 bilion pada 2064 dan jatuh kepada 8.8 bilion pada 2100.

Penyelidikan yang dibiayai oleh pengasas Microsoft, Bill Gates itu menganilisis kesan daripada semakin ramai orang yang memiliki anak.

Pasukan yang diketuai Universiti Washington itu mendapati 23 negara termasuk Jepun, Thailand, Itali dan Sepanyol diramalkan populasi mereka akan berkurang separuh.

Jumlah tenaga kerja yang semakin mengecil akan mengubah kuasa ekonomi dari negara-negara utama Eropah dan Asia kepada Afrika dan India.

Kajian itu juga mendapati penghijrahan orang luar penting untuk Britain kekal menjadi kuasa ekonomi pada penghujung abad ini.

Ekonomi United Kingdong diramal jatuh daripada tangga keenam kepada ketujuh untuk Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang hujung abad ini.

Populuasinya pula akan meningkat daripada 66.6 juta kepada 74.9 juta pada 2063 sebelum jatuh kepada 71.5 juta pada 2100.

Bagaimanapun populasi di Itali diramal akan menurun daripada kemuncaknya 61 juta pada 2014 kepada 30.5 juta pada 2100.

Di Sepanyol kepadatan penduduknya memuncak pada 2017 dengan 46 juta dan dijangka menurub kepada 23 juta.

Sepanyol juga akan jatuh daripada segi kedudukan KDNK daripada kedudukan ke-13 kepada 28 sementara Itali dari sembilan ke 25.

China akan menggantikan Amerika Syarikat (AS)  sebagai kuasa ekonomi dunia dengan KDNK tertinggi pada 2035 sebelum AS merampas kembali kedudukan itu pada 2098 – itu pun jika imigran kekal sebagai tenaga kerja.

Populasi China yang pada masa ini 1.41 bilion akan mula menguncup pada pertengahan abad ini dan akan berkurang kepada separuh ke pada 730 juta pada 2100.

Bagaimanapun pada penyelidik itu meramalkan penduduk China akan memuncak kepada 1.43 bilion pada 2024.

Ketua Pengarang Lancet, Dr. Richard Horton berkata, abad ke-21 akan menyaksikan revolusi ketemadunan manusia dengan negara-negara Afrika dan Arab akan membentuk masa depan sementara pengaruh negara-negara Eropah dan Asia akan mula berkurangan.

Pada penghujung abad ini katanya, dunia akan menjadi multipolar  dengan India, Nigeria, China dan AS menjadi kuasa dominan.

“Ini akan betul-betul menjadi dunia baharu yang kita perlu sedia untuk hari ini,” katanya.

Penyelidik mendapati, 183 daripada 195 negara akan mengalami penurunan kadar kelahiran rendah perlu menghentikannya bagi mengelakkan penguncupan populasi.

Populasi dunia mula meningkat secara berterusan sejak berakhirnya Black Death sekitar tahun 1350.

Ia memuncak pada abad 20 daripada 1.6 bilion pada 1900 kepada 7.7 bilion pada November 2019.

Bagaimanapun masyarakat semakin kurang memilki bayi apabila mereka berhijrah ke bandar di samping perancangan keluarga yang meningkat dan peningkatan hak asasi wanita. – MIRROR

 

(Visited 683 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button