Luar Negara
Seorang lelaki meninggal dunia selepas disuntik vaksin AstraZeneca
Seorang lelaki meninggal dunia selepas disuntik vaksin AstraZeneca di Jakarta, Khamis lalu.
Pemuda berusia 22 tahun itu dikatakan mengalami demam panas setelah mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca.
Dia semakin lemah dan demam pada hari Kamis. Lelaki itu meninggal dunia ketika dibawa menerima rawatan di hospital lapor Kompas.com.
Pihak berkuasa Indonesia bagaimanapun tidak mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat suntikan vaksin tersebut.