Hiburan

Selepas suami dan enam anak, Rebecca Nur Al Islam pula positif Covid-19

PELAKON, Rebecca Nur Al Islam sebelum ini memaklumkan suami, enam anak dan tiga orang pembantu rumahnya positif Covid-19.

Namun, timpa pula ujian yang tidak diingini selepas Rebbeca pula kini disahkan positif Covid-19.

“Doakan saya serta seluruh keluarga sihat seperti sedia kala ya semua. Secara jujur, saya hampir tumbang semalam kerana tidak boleh tidur dan terfikir segalanya berlaku sekelip mata dari sang pencipta.

“Terlalu laku dan bahaya sangat Covid-19 ini. Kesian tengok suami dan anak-anak jadi saya tak sampai hati dan terpaksa bercampur dengan mereka semua untuk memberi ubat dan sebagainya,” katanya.

Menurut Rebecca, dia cuba kuatkan diri demi anak-anak dan suaminya yang terlalu lemah namun disahkan positif Covid-19 pada malam semalam.

Tambahnya, walaupun hampir keseluruh keluarganya diuji Covid-19, dia tetap redha dengan ujian yang menimpa.

Sebelum ini, Rebbeca memberitahu suaminya Datuk Norazam telah dijangkiti wabak itu bersama enam orang anaknya iaitu Nor Khayrin, Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Aliff Al Raffael, Nor Ahmet Al Reaggan dan Nor Aurora Riana. -SM

(Visited 394 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button