Nasionalpilihan

Polis buru wanita menyusup masuk kawasan PKPD untuk lawat nenek

SEORANG wanita diburu polis kerana menyusup masuk ke kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) semata-mata kerana mahu melawat neneknya.

Difahamkan kejadian berlaku di sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam, Kuala Lumpur kira-kira pukul 6.15 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, satu laporan polis telah dibuat semalam selepas tular di media sosial.

“Suspek di dalam video ini memakai baju warna gelap dan seluar putih dilihat telah menyusup masuk seorang diri ke dalam kawasan PPR tersebut melalui pagar berduri jenis dawai besi yang diletakkan di sekeliling blok.

“Saksi awam yang memuat naik video berkenaan di media sosial mengaku merakamkan video ini pada semlam kira-kira pukul 6.15 petang,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Anuar, maklumat diri suspek sudah diperoleh dan disyaki menetap di Puchong, Selangor.

Jelasnya, suspek juga dipercayai masuk ke dalam kawasan PKPD untuk menziarahi neneknya.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa,” katanya.

Dalam pada itu, Anuar turut memnta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular ini kerana bimbang mewujudkan kegusaran orang awam dan hendaklah mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Tambahnya, sebarang maklumat lain berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan. -SM

(Visited 207 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button