HiburanLuar Negara

Selepas 18 tahun akhirnya Jennifer Lopez dan Ben Affleck berkahwin

SELEPAS 18 tahun hubungan cinta Jennifer Lopez dengan aktor Ben Affleck tidak kesampaian walaupun mereka pernah bertunang, akhirnya pasangan selebriti popular di Hollywood telah mengikat ikrar perkahwinan pada hujung minggu lalu.

Jennifer Lopez atau lebih dikenali dengan panggilan JLo dan Affleck memilih untuk berkahwin di Las Vegas, Amerika syarikat.

Untuk rekod, percintaan di antara kedua-dua insan popular ini kali pertama terjalin pada 18 tahun yang lalu.
JLo sebelum ini pernah berkahwin dengan antaranya, penyanyi Mark Anthony yang mana hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan pasangan kembar berusia 14 tahun, Max dan Emme manaka Affleck pula pernah berkahwin dengan aktres Jennifer Garner.

JLo juga pernah berkahwin dengan pelakon Ojani Noa dan penari Cris Judd dan perkahwinan dengan Affleck merupakan perkahwinan kali keempatnya.

Pasangan JLo-Affleck dilaporkan bertunang pada April lalu dan mereka telah mendaftar lesen perkawinan di daerah Clark County.

Perkawinan JLo dan Affleck telah diumumkan melalui edaran surat dan yang lebih menarik perhatian, di surat tersebut JLo menggunakan gelaran pada ruangan tanda tangan “Puan Jennifer Lopez Affleck”.

Di atas ruangan surat tersebut, terpampang tulisan JLO iaitu “Kita berjaya. Cinta itu indah. Cinta itu baik dan ia kembali setelah kita sabar, 20 tahun bersabar.”

JLo juga telah menayang video perkawinannya menerusi berita On The JLo.
Dalam rakaman itu JLo kelihatan terharu dan terpegun melihat cincin berlian zamrud hijau muda di jari manisnya.
Sementara itu, People Magazine melaporkan Sabtu lalu, JLo dan Affleck terbang ke Nevada untuk mendapatkan lesen perkahwinan dan berkahwin di sebuah gereja di Las Vegas.

Desas-desus gosip percintaan JLo dan Affleck bertebaran mengatakan bahawa pasangan itu seolah-olah tidak dapat dipisahkan sejak mereka kembali bersama sehinggakan mereka membawa anak-anak untuk bersama.
Turut menjadi perbualan hangat ialah pada bulan lepas, kereta JLo dilihat berada di luar rumah besar Affleck di Beverly Hills dan dikhabarkan, JLo telah menetap di rumah itu. – SM

(Visited 444 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button