Nasional

Sekolah didakwa lakukan ‘pemeriksaan datang bulan’ tidak patut berlaku – Rina Harun

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menyiasat dan memantau sekolah didakwa melakukan ‘pemeriksaan datang bulan’ terhadap pelajar perempuan ketika Ramadan.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun, berkata beliau memandang serius perkara itu dan ia tidak sewajarnya berlaku, justeru siasatan akan dijalankan bagi memastikan perkara itu tidak berulang.

“Perkara ini tak wajar dan tak sepatutnya berlaku di sekolah, jadi saya pandang serius, saya akan buat susulan dengan kementerian berkaitan seperti Kementerian Pendidikan dan MARA supaya perkara ini tak terjadi lagi. Ia amat mengejutkan, tidak boleh diterima pun pada akal fikiran kita,” katanya kepada media selepas merasmikan program Srikandi Muda Leadership Empowerment 2021 hari ini.

Semalam, pengerusi MARA Datuk Azizah Mohd Dun menerusi satu kenyataan berkata pihaknya sudah menggerakkan siasatan dalaman bagi meneliti dakwaan terdapat sekolah melakukan pemeriksaan sedemikian bagi mengelak pelajar ponteng solat ketika bulan puasa.

Sebelum ini tular di laman Twitter beberapa pelajar mendedahkan amalan pemeriksaan itu terjadi di sekolah, dan mereka mendakwa turut diminta membuka pakaian dalam bagi membuktikan mereka sedang dalam haid dan tidak boleh berpuasa. – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button