BanjirRencana

Sekali air bah, pandangan pun berubah

1. Negara masuk hari ke 3 tahun baru 2022, seperkara yang menarik di perlihatkan hari ini ialah pertembungan pandangan antara Dr. Asyraf Wajdi dengan Shahril Hamdan.

2. Antara Ketua Pergerakan Pemuda dengan Naib Ketua Pemuda merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

Kedua-kedua mereka pakar Ekonomi. Asyraf Wajdi terkenal di dalam bidang Islamic Financing. Manakala Shahril pula, pakar Ekonomi.

3. Semalam, Dr. Asyraf menjelaskan pandangan beliau adalah bersandarkan ketetapan pendirian yang di ambil oleh Presiden UMNO dan MKT UMNO pada 27 Ogos 2021 mengenai pengeluaran I Citra KWSP, menyantuni tuntutan rakyat yang dilanda musibah semenjak PKP dan Pasca PKP.

4. Apa yang menarik, pandangan dan ketetapan MKT UMNO yang dibuat pada 27 Ogos 2021, iaitu jauh dari tarikh bencana banjir yang berlaku di Selangor dan Pahang.

Asyraf Wajdi seolah-olah mahu menyeret Presiden dan MKT UMNO bersama-sama dengan tuntutan I-Citra tersebut.

5. Shahril Hamdan mempunyai pandangan yang amat berbeza iaitu, beliau tidak bersetuju wang KWSP dikeluarkan lagi demi kelangsungan hidup dan masa depan rakyat yang akan berhadapan dengan pencen serta waktu tua.

6. Shahril Hamdan kata, Bantuan Bencana Banjir Keluarga Malaysia mencecah RM10,000-00 dan ada yang sampai mencecah RM61,000-00 adalah bagi mengelakan mangsa banjir yang mempunyai simpan di KWSP, dari terus meminjam dari masa depan mereka sendiri.

7. Pada 31 Disember yang lalu, Perdana Menteri DS Ismail Sabri telah mengumumkan 5 insentif pemberian tunai yang keseluruhannya mencecah RM10,000-00 bagi setiap ketua isi keluarga, malah akan mencapai sehingga RM61,000-00 sekiranya berhadapan dengan kemusnahan rumah secara total.

8. Dalam bahasa Inggerisnya, This Is A Better Deal.

Ini merupakan satu Tawaran Terbaik dari Perdana Menteri kepada Rakyat Malaysia yang berhadapan dengan musibah bencana banjir kali ini.

Sesungguhnya keperihatinan PM DS Ismail Sabri dan Kerajaan terhadap kesusahan Rakyat amat di hargai.

9. Tetapi, perbalahan Pandangan antara Dua Pemimpin Tertinggi Pemuda UMNO Malaysia ini memperlihatkan terdapat keretakan di dalam UMNO.

RETAK YANG MUNGKIN AKAN MENJADI BELAH.

10. Agak menghairankan apabila Rakyat melihat pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak berada di dalam Kabinet atau tidak menjawat sebarang jawatan di dalam Kerajaan pimpinan Perdana Menteri DS Ismail Sabri, kelihatan sentiasa mencari isu-isu yang popular dengan rakyat dan mengkritik habis-habisan Perdana Menteri.

Sekiranya kritikan ini datang dari pemimpin parti DAP, adalah tidak menghairankan.

Kritikan-kritikan tajam ini datangnya dari pemimpin-pemimpin UMNO terhadap seorang Perdana Menteri yang juga datangnya dari parti UMNO.

11. Rata-rata Rakyat merasa amat hairan dan kecewa dengan perkembangan terkini ini.

Ini seolah-olah sudah ada gerakan dari dalam UMNO untuk menjatuhkan Perdana Menteri dari UMNO.

Kesian melihat politik sudah jadi sebegini rendah martabatnya.

Amat mengecewakan Orang-orang Melayu di Negara ini.

(Visited 343 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button