Alam SekitarBanjir

Banjir di Sabah semakin buruk

Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat dengan mencatat jumlah seramai 1,826 orang daripada 599 keluarga yang dipindahkan ke 20 pusat pemindahan sementara (PPS).

Kemaskini daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah setakat jam 9 malam mendapati, sebanyak enam daerah terjejas teruk akibat banjir namun Kota Marudu adalah daerah mencatat mangsa tertinggi dipindahkan iaitu seramai 1,474 mangsa membabitkan 520 keluarga.

“Penduduk di Kota Marudu yang dipindahkan di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan, Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek dan Dewan St Theresa masing-masing kekal dengan jumlah mangsa seramai 251, 253 dan 39 mangsa.

“PPS di bangunan Rukun Tetangga Salimandut terdapat sedikit peningkatan iaitu mencatat seramai 40 mangsa, Dewan Sekolah Menengah (SM) Advent Gihsen (189), Sekolah Rendah Agama (SRA) Damai (14), Dewan Longob (143), SK Ranau (182), Dewan Asin-Asin (72), Dewan Komuniti (36) dan Dewan Mosolog (152),” menurut kenyataan itu.

Berdasarkan kemas kini itu lagi, Sandakan daerah kedua mencatat jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 151 mangsa membabitkan 35 keluarga yang dipindahkan ke PPS Masjid Nur Iman Sungai Memanjang.

“Paitan pula mencatat seramai 81 mangsa membabitkan 18 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS iaitu Dewan SMK Pamol (15), Dewan Kampung Binsulung (37) dan Dewan Kampung Sungai-Sungai (29).

“Sementara itu, di Telupid membabitkan seramai 43 mangsa banjir yang ditempatkan di tiga PPS iaitu di Dewan Kampung Bakong-Bakong (5), Dewan Kampung Rancangan Nangoh (22) dan Dewan Kampung Bauto (16).

“Selain itu, di Pitas seramai 39 mangsa membabitkan 10 keluarga dipindahkan PPS Dewan SK Salimpodon dan Beluran mencatat seramai 38 mangsa daripada lapan keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan Kampung Balaban Jaya,” menurut kemas kini itu.

(Visited 367 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button