JenayahNasional

Scammer guna gambar SU masjid minta transfer duit

GAMBAR seorang ahli jawatankuasa sebuah masjid di Iskandar Puteri, Johor didakwa digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menipu mangsa.

Scammer terbabit dikatakan menyamar sebagai seorang Setiausaha masjid berkenaan dan meminta mangsa membuat pemindahan wang bernilai RM3,750 kepada sebuah akaun bank.

‘Setiausaha’ berkenaan dipercayai cuba menipu timbalan pengerusi dan bendahari masjid berkenaan untuk meminta wang tersebut.

Belum pun reda isu penangkapan ‘tokan besar Macau Scam’, muncul pula adegan menyamar yang sanggup menggunakan identiti jawatankuasa masjid.

Malah menerusi mesej dalam aplikasi Whatsapp, scammer berkenaan cuba memujuk mangsa dengan bersumpah menyebut ‘Demi Allah’ supaya dapat mempengaruhinya.

Bagaimanapun, taktik berkenaan tidak berkesan apabila, mangsa turut merujuk kepada pemilik asal gambar profil yang sememangnya dikenali mangsa.

“Kami hanya ingin berkongsi tentang apa yang berlaku hari ini.

“Sahabat semua diharap berwaspada taktik menyamar guna gambar profil WhatsApp kenalan kita sendiri dan minta merayu transfer duit ke dalam akaun seseorang.

“Guna gambar profil, guna nombor telefon orang lain dan PM (mesej peribadi) ke timbalan pengerusi dan bendahari masjid untuk rayu pindahkan duit.

“Hakikatnya, bukan setiausaha yang merayu itu. Setiausaha (yang sebenar) telahpun membuat laporan polis. Hati-hati teman.”

Demikian kenyataan jawatankuasa Masjid Abu Hurairah KSAB (Kompleks Sultan Abu Bakar) menerusi perkongsian dalam Facebooknya malam tadi. – SM

(Visited 1,051 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button