Politik

Dua kali saya disenarai jadi menteri kewangan Kabinet Anwar

DATUK Seri Ahmad Maslan terkejut apabila namanya dua kali disenaraikan sebagai menteri kewangan dalam Kabinet yang kononnya akan dibentuk oleh ‘Perdana Menteri’ Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kali pertama, sebuah portal berita menyenaraikan nama Ahli Parlimen Pontian itu sebagai menteri kewangan pada 24 September lalu, sebaik sahaja Anwar yang juga Presiden PKR mengumumkan mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk mengambil alih kerajaan.

Selain Ahmad Maslan, portal itu turut menyenaraikan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan.

Jelas Ahmad Maslan, sekiranya dia dan Guan Eng digandingkan untuk menerajui kementerian yang sama sudah tentu akan menyebabkan pertengkaran yang hebat.

“Wah hari-hari akan bergaduh. Dia nak #SST cukai terburuk dalam dunia, kuno, orang senang tipu, tak telus dan regresif

“Saya pula #GST cukai terbaik dlm dunia, moden, sukar tipu, telus dan progresif,” kata Ahmad Maslan dalam Twitternya.

Menurutnya, tidak mungkin dia akan berada dalam satu pentabiran dengan pemimpin DAP terutama Guan Eng.

Dia menasihatkan portal yang membuat senarai menteri Kabinet Anwar itu supaya mengunakan akal fikiran sebelum berkarya.

“Tak mungkin saya bersama #DAP. Siapa yang ramal ini, gunalah otak sikit. #BubarParlimen,” kata Ahmad Maslan.

Selang beberapa hari kemudian nama Ahmad Maslan disenaraikan dalam satu lagi Kabinet bayangan pimpinan Anwar.

Katanya, senarai Kabinet tersebut hanyalah satu khayalan dan tidak mempunyai sebarang kebenaran.

“Senarai kabinet fatamorgana. Tiada sebarang perbincangan, maka tiada apa pun keputusan.

“Senarai kabinet ini hanya khayalan, sekadar infografik rekaan yang tiada sebarang kebenaran,” tegas Ahmad Maslan.

Ahmad Maslan berkata, dia akan kekal dalam Muafakat Nasional dan kekal menjadi Ahli Parlimen yang menyokong Kerajaan Perikatan Nasional.
Keputusannya itu selaras dengan keputusan yang ambil oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

“Dua kali saya tercatat sebagai Menteri Kewangan. Sekali Menteri Kewangan 1 Guan Eng, sekali @anwaribrahim dlm senarai yang entah rekaan siapa

“Politik mesti punyai prinsip. Saya bukan kaki lompat dan tiada kaitan DAP atau PKR

“Parti saya #UMNO & #BN yang teguh dalam #MN dan sokong Kjaan #PN,” kata Ahmad Maslan.-SM

 

(Visited 1,696 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button