Hiburan

Saya hanya boleh berdamai dengan Azmin Ali, bukan dengan orang lain – Azwan Ali

RAMAI yang sudah mengetahui pergolakan hubungan adik beradik dalam keluarga pengacara, Azwan Ali.

Bertemu dengan Azwan baru-baru ini, pengacara itu memberitahu yang dia hanya boleh memaafkan Azmin Ali sahaja dan bukan adik beradik yang lain.

“Saya hanya terima Azmin Ali sahaja. Yang lain (adik-beradik) semua saya dislike. Saya tidak mahu cakap apa-apa berkenaan mereka.

“Hanya Allah yang tahu perbuatan jahat mereka,” katanya ketika ditemui Suara Merdeka baru-baru ini.

Ditanya mengapa dia sedia berdamai dengan Azmin, ujarnya itu adalah atas kapasitinya sebagai adik dan dia perlu beralah.


Malah, Azwan turut menafikan kedudukan Azmin dalam politik dan kerajaan yang membuatkan dia beralah dengan abangnya itu.

“Saya boleh bermohon maaf dengan Azmin Ali..saya ulang berkali-kali

“Bukan orang lain..bukan kerana dia menteri kanan, menteri tepi orang kata kan..tidak..

“Ada seribu sebab mengapa saya boleh bermaaf-maafan. Saya adik, salah ke unutk saya beralah?,” katanya yang sudah empat tahun tidak bertemu Azmin.

Dalam pada itu, Azwan turut memberitahu yang Syawal tahu ini tidak memberi makna buatnya apatah lagi ketika negara sidang ditimpa musibah.

Jelasnya, Aidilfitri bagainya sudah memang kosong apatah lagi selepas ketiadaan ibu dan bapanya. -SM

(Visited 472 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button