Nasional

Kerajaan PH punca masalah projek LCS TLDM

KERAJAAN Pakatan Harapan didakwa menjadi penyebab kepada permasalahan projek Littoral Combat Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, projek LCS TLDM hilang hala tuju selepas Pakatan Harapan mengambil alih pucuk pimpinan negara selama 22 kerana segala kerja terhenti disebabkan projek tersebut dipenuhi dengan siasatan.

“Akibat kegagalan kerajaan terdahulu membuat keputusan yang tidak cekap pada tahun 2018, ia telah mencetuskan kemelut baharu iaitu peningkatan kerugian dalam korporat Boustead ekoran penangguhan kepada vendor-vendor Bumiputera dan juga tenaga kerja.

“Bukan itu sahaja, kerugian RM50 juta setiap bulan akibat penangguhan ini juga memberi kesan buruk kepada tabung LTAT dan 130 ribu pencarumnya.

“Kelemahan dan kegagalan Bekas Menteri Pertahanan untuk melihat impak jangka panjang inilah yang telah mengakibatkan apa yag terjadi sekarang ini,” kata Ismail Sabri.

Beliau mendedahkan, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) telah memohon kelulusan ketiga-tiga ‘variation order’ ketika Pakatan Harapan memerintah.

Menurutnya, pada Februari 2018 BNS telah membuat tawaran kepada Kerajaan PH untuk menyerap kerugian sebanyak RM400 juta supaya projek LCS dapat diteruskan tapi tiada keputusan diperolehi.

“Pada Januari 2019, MINDEF telah bersetuju dengan permohonan ketiga tiga ‘variation order’ tersebut tetapi bergantung kepada keputusan akhir oleh Kementerian Kewangan. Namun tiada sebarang kata putus daripada Kementerian Kewangan.

“Kegagalan untuk mendapat kata putus mengenai ketiga-tiga ‘variation order’ ini telah menjejas teruk perkembangan kerja-kerja bahagian pembinaan kapal yang lain.

“Pada November 2019, OEM telah menghentikan kerja-kerja pembinaan kapal kerana BNS menghadapai masalah aliran tunai,” kata Ismail Sabri.

Semalam bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan bekas timbalannya, Liew Chin Tong mendakwa Keputusan Jemaah Menteri membuat keputusan meneruskan Projek Littoral Combat Ship (LCS) didakwa semata-mata untuk menjamin kepentingan kontraktor dan subkontraktor Boustead Naval Shipyard (BNS).

Mereka juga mendakwa kelulusan itu bukan untuk memastikan TLDM mendapat bilangan kapal tempur yang menepati keperluan semasa.

“Kenyataan Mohamad Sabu dalam hal ini dilihat hanyalah satu provokasi politik dan menyerlahkan ketidakmatangan beliau dalam memberi hujah cara menangani isu LCS.

“Punca permasalahan LCS adalah daripada tindakan kerajaan Pakatan Harapan yang gagal memberi sebarang keputusan pasa masa itu.

“Ini mencetuskan masalah baru bagi syarikat korporat serta projek LCS yang sedia ada,” katanya.

Berkaitan status dana RM1 bilion yang dikatakan hilang, Ismail Sabri berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah memaklumkan kepada kerajaan bahawa perkara tersebut masih dalam siasatan.

Jelasnya, Kementerian tidak campur tangan dalam siasatan tersebut dan perkara berkenaan boleh diajukan kepada SPRM untuk mendapatkan perkembangan terkini.-SM

 

(Visited 1,389 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button