Satu juta slot vaksin astrazeneca dibuka untuk tempahan
SATU juta slot suntikan vaksin astrazeneca secara sukarela dibuka untuk orang ramai hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah meminta masyarakat yang berminat supaya bersedia kerana tempahan dibuka bermula pada pukul 12 tengah hari.
“Peringatan untuk mereka yang nak dapatkan vaksin, Bersiap sedia pada jam 12 tengah hari ini, 26hb 2021. Sejuta slot tersedia untuk ditempah,” ciapnya di Twitter.
Tempahan bagi slot janji temu untuk mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca (AZ) secara sukarela kepada golongan berusia 18 tahun ke atas.
Slot tersebut dibuka bagi mereka yang menetap di Johor, Kaual Lumpur, Pulau Pinang, Sarawak dan Selangor.
Sebelum ini slot berkenaan dikhaskan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas di negeri yang sama.
Pada 2 Mei lalu, JKJAV telah membuka slot suntikan sukarela bagi vaksin AstraZeneca kepada penduduk Selangor dan Kuala Lumpur.
Slot tersebut habis ditempah dalam tempoh kurang empat jam selepas dibuka.
Kerajaan membuka pendaftaran mendapatkan vaksin AstraZeneca secara sukarela dengan penerima perlu memilih Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan tarikh janji temu bersesuaian.-SM