Ekonomi

Sapura Energy jual kapal bernilai lebih RM300 juta

SAPURA Energy Berhad, melalui anak syarikat milik penuhnya Sapura 3000 Pte. Ltd. telah memeterai memorandum perjanjian (MoA) bagi menjual sebuah kapal miliknya dengan nilai AS$71.50 juta.

Kapal yang dikenali sebagai Sapura 3000 adalah kapal pasang paip dan kren yang mana MoA itu telah ditandatangani pada Jumaat lalu dengan sebuah syarikat yang dimiliki Abu Dhabi Ports Group, Safeen Feeder Company – Sole Proprietorship LLC.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, Sapura berkata, harrga kapal itu berdasarkan kesediaan pembeli dan penjual, selepas menjalankan proses permintaan cadangan antarabangsa.

Langkah penjualan itu aset itu adalah sebahagian daripada pelan untuk meningkatkan kecairanya yang memberi tumpuan kepada kemampanan jangka panjang Sapura Energy selain menyelaraskan model operasi dan menyediakan lebih fleksibiliti untuk pertumbuhan strategik.

Aliran tunai yang diperolehi daripada cadangan penjualan kapal itu akan digunakan sebagai modal kerja dan mengurangkan pinjaman kumpulan.

Penjualan aset itu dijangka selesai pada pertengahan Jul ini.

Sapura 3000, sebuah kapal pasang paip serba boleh, mampu melaksanakan projek laut dalam dan cetek, dibina pada 2008 dan kini belayar di bawah bendera Malaysia. – SM

(Visited 410 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button