Nasional

Maqis pastikan tiada eksport ayam mulai semalam

JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) iaitu agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) akan memastikan ayam tidak ada ayam yang dieksport mulai semalam selari dengan keputusan Jemaah Menteri pada 23 Mei lalu.

Dalam satu kenyataan agensi itu memaklumkan dalam usaha memastikan larangan itu dipatuhi kelulusan permit yang meliputi pengeksportan ayam hidup, karkas ayam bulat, keratan daging ayam dan produk makanan berasaskan ayam tidak lagi dikeluarkan.

Menurut kanyataan itu, semua kelulusan permit untuk membawa keluar komoditi tersebut mulai 1 Jun 2022 dibatalkan dan disekat.

Kawalan secara fizikal di semua pintu keluar dilaksanakan oleh pegawai penguat kuasa Maqis dan sebarang aktiviti untuk mengeksport komoditi berkenaan tidak dibenarkan.

Menurut Mafi, tindakan bawah subseksyen 11(2) dan 11(3), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan 2011 (Akta 728) boleh diambil terhadap sesiapa yang melanggar peraturan itu dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Mafi berkata, bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya boleh dikenakan didenda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya sekali. – SM

(Visited 187 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button