Hiburan

Salman Khan sombong, angkuh, bongkak

MEMANG itulah sikap aktor Salman Khan yang simbong, angkuh lagi bongkak terhadap peminatnya.

Tetapi mungkin itu bukan salah Salman sepenuhnya kerana para peminat Bollywood di India terlalu mengagung-agungkan hero heroin filem Hindustan.

https://twitter.com/i/status/1222087800939433984

Ekoran sanjungan yang diberikan oleh para peminat terhadap artis pujaan mereka inilah sedikit sebanyak membuatkan segelintir pelakon Bollywood ini merasakan diri mereka umpama ‘dewa’ yang ‘disembah’.

Perbuatan Salman merampas telefon bimbit milik seorang lelaki yang dipercayai peminat Salman di Lapangan Terbang Antarabangsa di Goa, India menjadi tular di media sosial dan mendapat kecaman daripada kalangan peminat aktor yang mempunyai rekod menjalani hukuman penjara.

Salman pernah merengkok dalam jail kerana sikap panas barannya.

Melihatkan rakaman video berdurasi tujuh minit yang merakamkan perbuatan Salman ketika merampas telefon bimbit peminatnya yang mahu berswafoto atau selfie dalam posisi berjalan, keluhatan muka Salman masam mencuka dengan langkah lagaknyanya yang sombong.

Salman seolah-olah ‘bad mood’ sejurus turun dari pesawat dan berjalan keluar dari lapangan terbang.

Bagaimanapun itu tidak boleh dijadikan alasan untuk Salman melepaskan dirinya daripada perbuatannya merampad telefon bimbit peminat dengan kasar dan angkuh.

Beginikah sikap seorang pelakon Bollywood, Salman yang boleh dijadikan idola dalam kalangan peminatnya di India?

Memang layakpun dia dikecam hebat oleh netizen.

Mungki Salman Khan tidak kisah pun dengan perbuatannya itu.

Sekalipun Salman merasa kurang senang dengan kelakuan lelaki tersebut yang merakam swafoto, Salman tidak sepatutnya bertindak menepis dan merampas telefon tersebut sebelum berlalu pergi.

Salman sekali lagi menunjukkan kekasaran sikapnya dan dia mungkin juga tidak endah insiden itu sempat dirakam oleh peminatnya yang lain yang turut berada di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Goa, India.

Aktor yang sudah berada di kemuncak seperti Salman Khan tidak lagi memerlukan sokongan peminat.

Peminat pula tidak perlulah menunggu bintang terkenal seperti Salman Khan di lapangan terbang kerana Salman sudah cukup kaya dengan hasil lakonannya selama berpuluh tahun dan sekarang, sudah tiba masanya aktor ini diberi pengajaran tentang sopan santun dan budi bahasa.

Menerusi Hindustan Times, Inspektor polis bertugas di lapangan terbang, Sagar Ekoskar berkata, pihaknya sudah meneliti video dan bertemu dengan lelaki tersebut.

“Lelaki itu mengesahkan benar perkara itu berlaku tetapi tiada laporan polis dibuat,” katanya.

Para peminat Salman berang dengan perangai sombong aktor yang gagal dalam hubungan percintaan di luar set penggambaran membuat hantaran-hantaran di media sosial seperti.begini:

“Jangan lupa #SalmanKhan, awak menjadi hero kerana peminat, sila hormat mereka. Bagaimana kami angkat kamu menjadi seorang hero, begitu jugalah kamu melayan kami seperti itu.”

Video berdurasi 7 saat dimuat naik di Twitter FilmyKida sehingga kini ditonton lebih 7,000 tontonan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button