BeritaNasional

Kira-kira 40 pelajar Malaysia di China telah pulang

KIRA-KIRA 40 pelajar yang rata-ratanya menuntut di Beijing telah kembali ke Malaysia dalam tempoh seminggu berikutan penularan kluster 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) di China.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua pelajar itu telah menjalani ujian saringan kesihatan di lapangan terbang Malaysia dan dikuarantin selama 14 hari di rumah masing-masing.

“Pihak Education Malaysia Beijing juga telah berhubung dengan mereka untuk mendapatkan maklum balas tahap kesihatan. Setakat ini, pelajar yang pulang berada dalam keadaan sihat dan baik,” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra juga memaklumkan semua pelajar terbabit turut diberikan garis panduan kesihatan yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sehingga hari ini, Malaysia mencatatkan lapan kes koronavirus yang kesemuanya melibatkan warga China.

Kerajaan kini dilaporkan memberi keutamaan untuk membawa pulang 117 rakyat Malaysia di Wilayah Hubei berikutan penularan virus itu.

— BERNAMA

(Visited 42 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button