Hiburan

Rupanya Abby Abadi banyak bantu pasangan dapatkan anak angkat

SELAIN daripada aktif dalam dunia perniagaan dan hal-hal kemanusiaan, rupanya selebriti Abby Abadi banyak membantu pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata untuk mendapat anak angkat.

Terbaharu, Abby memberitahu yang dia sanggup merentas negeri semata-mata untuk menghulurkan anak angkat kepada pasangan yang telah tiga kali keguguran.

“Berjaya memberi kebahagiaan kepada sepasang lagi pasangan yg belum dikurniakan anak walaupun sudah 10tahun mendirikan rumahtangga.

“Sebelum ni lebih 30 pasangan atau mungkin lebih yang dah bahagia dengan cara saya bantu dapatkan anak angkat, cuma saya tak beritahu,” katanya.

Menurut Abby, pasangan terbaharu yang menerima anak angkat ini sudah tiga kali keguguran dengan yang keguguran terakhir ketika kandungan berusia enam bulan.

“Nak buat macam mana, akhirnya Allah izinkan rezeki anak dengan jalan yang berbeza.

“Cuma saya nasihatkan usahalan untuk susukan anak. Ambil suntukan, makan ubat ke. Asalkan bayi dapat menyusu sekurang-kurangnya lima kali,” jelasnya.

Menerusi ruangan komen, ramai yang memuji tindakan Abby itu yang disifatkan sebagai satu daripada cara membantu selain daripada bentuk kewangan dan sebagainya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button