Rosma sedar diri, tak kisah dilabel sendu
LAMA tidak memunculkan diri dalam bidang seni, penyanyi, Rosma, 35, mengakui yang dia tidak kisah jika dianggap sendu dan tidak popular.
Rosma yang pernah menyertai pertandingan realiti nyanyian Akademi Fantasia berkata, dia bersyukur kerana pernah diberi kesempatan untuk menumpang populariti sebagai penyanyi.
“Tuhan dan beri saya rasa nikmat menjadi artis yang diberi perhatian untuk seketika pun sudah memadai.
“Saya akur kalau sekarang ada yang label sendu atau sudah tidak popular. Begitulah putaran hidup,” katanya.
Mengimbas kembali detik ketika dia menceburi dunia nyanyi kira-kira 17 tahun yang lalu, Rosma atau nama sebenarnya Rosmayati Sidik, antara artis yang sering dikecam.
BACA> Album terakhir Amy bersama Search dijadikan piring hitam
Dikecam pula hanya kerana fizikal badannya ketika yang berisi.
“Dek fizikal badan saya tembam pun jadi modal kecaman. Ada saja yang tak kena di mata yang membenci. Pernah ketika terbabit promosi sebuah laman sembang pun, ‘kaw kaw’ fizikal diri saya diperkotak katik.
“Ada komen cakap usia muda tapi badan macam tahap makcik makcik yang ada ramai anak. Gelaran bulat dan debab pun ada dikenakan untuk saya.
“Malah jauh lebih teruk, mempersoalkan saya bercinta dengan Khai (sebelum menjadi suami). Siap cakap badan gemuk, ada hati nak bercinta dengan Khai yang digilai ramai ketika itu. Pendek kata saya ini tak layak berdampingan dengannya,” kata Rosma.
Menurut Rosma, badannya mula naik mendadah sejak dia menyertai AF1 yang menyaksikan beratnya mencecah 70 kilogram.
“Saya tak ada ilmu diet, tapi jenis hentam keromo. Asal dapat turunkan berat badan. Konsep berlagak pandai walhal tak tahu apa apa. Natijahnya pernah sekali saya cemas kala jatuh pengsan gara gara diet tak betul hingga dimasukkan di sebuah hospital.
“Dipendekkan cerita, saya bangkit berdiet dan bersenam dengan betul. Ketika itulah Khai pernah mencetuskan idea untuk saya keluarkan produk pelangsingan sendiri,” ujarnya.
Jelas Rosma, dia mula mengeluarkan produk pelangsingan sendiri selepas melahirkan anak kedua.
Menurutnya, hasil jualan produk tersebut sangat memberangsangkan dan disebabkan itu juga dia kini tidak lagi berharap pada bidang nyanyian, sebaliknya memberi fokus pada syarikatnya, KR Successful Sdn Bhd.
BACA> Shaheizy Sam tak percaya penimbang berat badan
Tambahnya, ketika ini produk pelangsingan badan dan detoks MS SenaRos yang dikeluarkan syarikatnya itu dijual pada harga promosi dengan sebotol berharga RM89. Dua botol pula dijual pada harga lebih jimat iaitu RM159.
Rosma dan Khai berkahwin sejak 26 April 2008. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Amzar Danish, 11, Nur Amani Damia, 6, dan Nur Alya Dhania, setahun 3 bulan. -SM