Nasional

Pencemar mural Agong dilakukan dua wanita?

DUA orang wanita dipercayai menjadi dalang mencemar mural Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah  dan beberapa pemimpin negara.

Sebuah kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai berjaya merakam visual kedua-dua individu terbabit sedang melakukan kerja keji mereka menconteng serta menulis perkataan keji.

Dalam rakaman video yang dikongsi di portal Mykmu.Net itu kelihatan kedua-dua individu berkenaan keluar dari kereta yang diletakkan di bahu jalan.

“Mereka kemudiannya melakukan kegiatan tidak bertanggung jawab itu selama lebih kurang dua minit sebelum meninggalkan lokasi kejadian,” tulis portal berkenaan.

Sultan Selangor titah pencemar mural Agong ditangkap segera

Dalam rakaman video itu suasana persekitaran kelihatan gelap gelita mengambarkan kejadian itu dilakukan pada waktu malam atau pada awal waktu subuh.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menitahkan agar pencemar mural Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah  dan pemimpin-pemimpin negara ditangkap segera.

Sultan Sharafuddin murka dan sangat dukacita dengan kejadian vandalisme terhadap mural tersebut yang berlaku di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam, Selangor ITU.

Baginda bertitah, contengan kata-kata kesat di atas lukisan mural gambar Yang di-Pertuan Agong,  Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abudllah serta beberapa pemimpin lain sebagai perbuatan yang sangat biadab.-SM

(Visited 202 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button