FOOD Bank Malaysia Masters berjaya mengumpulkan sejumlah dana RM200,000 bagi program Foodbank.
Dana tersebut dirancang akan digunakan untuk meneruskan program Foodbank di 123 institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberitahu, program Foodbank komuniti itu turut menyasarkan Instititut Pendidikan Guru dan Politeknik.
“Alhamdulillah, sejumlah RM200K berjaya dikutip. Melangkah 2020, dana ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk penerusan program Foodbank.
“Bertempat di Kelab Golf Darul Aman pada akhir tahun lepas dilangsungkan Food Bank Masters tujuan mengumpul dana,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam Facebooknya pagi tadi.
Tambahnya, bagi tujuan operasi kegiatan amal itu, Foodbank akan memiliki pejabat baharu dan Pusat Edaran di Kajang, Selangor.
“Operasi Foodbank akan memiliki ofis baru dan Distribution Center di kajang.
“Terima kasih kepada semua yang menjayakan pertandingan Golf Charity Foodbank. Semoga 2020, Foodbank dapat terus menyebar bakti dan jasa,” ujarnya. – SM