Nasional

Ketua Menteri Melaka beraksi bak Donnie Yen dalam filem Ip Man

AKSI ala kung fu Ketua Melaka Melaka Adly Zahari bagaikan Donnie Yen dalam filem Ip Man 4 yang kini hangat ditayangkan di panggung wayang menarik perhatian warganet.

Dengan memakai baju tradisional masyarakat Cina, Adly berkongsi dua keping gambar. Satunya gambar beliau membelakangkan kamera sambil mengadap laut.

Satu lagi gambar menampilkan ketangkasan Adli beraksi terbang sambil mendepakan kedua-dua belah tangan bak helang di atas langit sambil kedua-dua kakinya terangkat ke atas.

“Kanak-kanak dilarang tiru aksi ini,” tulis Adly pada kapsyen gambar tersebut.

Gambar beliau itu membuatkan pengikut Facebooknya mengelarkan Adly sebagai Ip Dly iaitu sempena nama watak dalam filem pecah panggung berbahasa Mandarin, Ip Man.

Side effect lepas tengok wayang Ip Man. Hahaha… Ip Dly,” seloroh Law Bing Haw.

“Ip Man 5 ke tu,” komen Hasli Halinda Hasliey.

Filem Ip Man lakonan Donnie Yen adalah mengenai kisah benar mahaguru seni mempertahankan diri Wing Chun yang bernama Ip Man. Dia hidup dari zaman penaklukan Jepun ke atas negara China pada tahun 1937 sehinggalah Ip Man menjalani kehidupannya di Hong Kong sekitar tahun 1950an.

Filem Ip Man yang pertama ditayangkan pada tahun 2008 dan diikuti Ip Man 2, Ip Man 3 dan terakhir tahun ini Ip Man 4 yang menyaksikan kematian mahaguru kung fu itu akibat barah.

Dalam filem-filem itu, Ip Man menonjolkan jati dirinya dalam memperkembangkan warisan budaya seni mempertahankan diri masyarakat Cina.

Dalam kesemua filem Ip Man memperlihatkan ketangkasannya menggunakan kung fu menentang jeneral-jeneral tentera Jepun sehinggalah bertarung dengan orang asing yang terlibat dengan kongsi gelap.

Filem keempat dan terakhir ditayangkan tahun ini menyaksikan Ip Man melawan ketuanan orang berkulit putih dan rasisme yang mahu menghalang seni mempertahankan diri kung fu daripada dikembangkan di Amerika Syarikat.

Pelakon dan pengamal seni mempertahankan diri kung fu yang terkenal, Bruce Lee merupakan salah seorang anak murid Ip Man.

Ip Man dan Bruce Lee.

Berbalik kepada aksi kung fu Ketua Melaka Melaka itu, ada juga kalangan pengikut Facebook Adly yang melihat gaya tersebut sebagai jenaka sahaja.

“Ingatkan Tahun 2020 kereta jer yang boleh terbang, manusia pun boleh,” kata Lestari Yahya.

“Wow….dah pandai terbang,” komen Mad Zaini Zainal.

“Bruce lee pun x boleh lawan,” kata Chen Kung Liow.

“Wahhh….hhh..Sudah #fly seiii… Our beloved Cm S as like as Wong Fei Hung,” ulas Irwandi Yunus.

“Wow.. YAB KM ada ilmu terbang rupa-rupanya.. Nak bergurulah,” kata Mohd. Razali.

Terkini: Pada pukul 6.60 petang semakan Suara Merdeka mendapati Facebook Adly Zahari telahpun memadamkan gambar aksi terbang Ketua Menteri Melaka itu.

Hantaran terbaharu hanya tinggal gambar Adly sedang mengadap laut dengan tanda pagar recordingvideoCNY yang bermaksud beliau memakai pakaian tradisi masyarakat Cina itu untuk rakaman sempena Tahun Baharu Cina yang akan menjelang tidak lama lagi.-SM

(Visited 458 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button