Ekonomi

Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$102.8 bilion

RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$102.8 bilion pada 15 Jun 2020 berbanding US$102.9 bilion pada 29 Mei, 2020.

Dalam kenyataan hari ini, BNM berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.2 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Bank pusat berkata komponen utama rizab antarabangsa (pada 15 Jun, 2020) terdiri daripada rizab mata wang asing (US$102.8 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.2 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.1 bilion), emas (US$2.0 bilion), dan lain-lain aset rizab (US$3.2 bilion).

Katanya aset termasuk emas, pertukaran mata wang asing dan rizab lain, termasuk SDR, yang berjumlah RM444.90 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM10.47 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.72 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM11.95 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion), dan aset lain (RM10.08 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM166.45 bilion), mata wang dalam edaran (RM124.74 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM146.63 bilion), deposit Kerajaan Persekutuan (RM12.52 bilion), deposit lain (RM11.99 bilion), kertas Bank Negara (RM11.16 bilion), peruntukan SDR (RM7.87 bilion), dan liabiliti lain (RM2.80 bilion).- BERNAMA

(Visited 124 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button