Nasional

Rebut apa sahaja peluang pekerjaan – M. Saravanan

RAKYAT Malaysia perlu merebut sebarang peluang pekerjaan walaupun dalam sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar) dalam situasi pasca pandemik Koronavirus (Covid-19).

Tanpa mengira kelulusan pendidikan tertinggi dan kemahiran, sebarang peluang perlu direbut terlebih dahulu dan meningkatkan kemahiran kemudian.

Langkah ini adalah penting bagi mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan rakyat Malaysia dan memastikan sumber pendapatan bagi setiap isi rumah.

Dalam masa sama, peluang juga perlu direbut ketika kemasukan dan pengambilan pekerja asing adalah dilarang sehingga hujung tahun ini.

“Kerajaan sedang mengurangkan pekerja asing dalam masa sama ini akan memberi peluang yang lebih kepada rakyat Malaysia.

BACA > Belum ada kata putus Kalonda sarung jersi kebangsaan — Suara Merdeka

“Kini lebih dua juta pekerja asing bekerja di negara ini dan angka itu perlu dikurangkan dengan memberi peluang kepada orang kita.

“Lebih penting adalah bekerja daripada menganggur. Sekiranya berlaku lambakan pengangguran, masalah sosial akan timbul.

“Jadi, lebih baik bekerja daripada menganggur walaupun memiliki kelulusan tinggi.”

Demikian ucapan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan ketika majlis pelancaran Inisatif Penjana Pembangunan SUmber Manusia Berhad (PSMB).

Inisiatif yang dikenali sebagai Penjana HRDF itu selari dengan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tambah M. Saravanan, program ini merupakan pemulihan awal sektor pekerjaan dengan menawarkan 20,000 peluang pekerjaan daripada majikan yang menyertai Penjana HRDF.

“Kita menyasarkan 40,000 peluang pekerjaan melalui inisiatif ini dan sehingga kini kita menerima 20,000 peluang yang boleh ditawarkan kepada rakyat Malaysia.

BACA > Azmin Ali ketuai delegasi perundingan RCEP — Suara Merdeka

“20,000 lagi kita jangkakan akan bertambah dalam tempoh enam bulan sehingga hujung tahun ini.

“Bukan itu sahaja, kita berharapkan lebih banyak lagi peluang akan diberikan oleh majikan susulan perubahan konsep program latihan yang disediakan oleh pihak HRDF,” ujarnya.

Jelasnya lagi, beliau meminta HRDF memastikan mereka yang mahu menjalani latihan diberikan pekerjaan terlebih dahulu.

Place and train, jika sebelum ini HRDF melaksanakan latihan berkonsepkan train and place.

“Kaedah lama dilihat tidak memberi impak besar kerana mereka yang selesai menjalani latihan tidak semestinya diberikan pekerjaan.

“Justeru, kita mahu rakyat Malaysia diberi pekerjaan dahulu dalam apa jua bidang kemudian diberikan latihan,” jelasnya.

BACA > Buruh mengaku tidak bersalah cederakan ejen insurans — Suara Merdeka

Terdahulu M. Saravanan memaklumkan negara sedang mengalami peningkatan pengangguran yang turut berlaku diperingkat global akibat serangan pandemik Covid-19. – SM

(Visited 358 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button