Nasionalpilihan

RISDA Livestock penuhi permintaan bekal lebih 400 ekor lembu sempena Aidiladha

PIHAK bekuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) melalui syarikat milikannya, RISDA Livestock Sdn. Bhd. (RLSB) menyaksikan perkembangan positif melalui perniagaan penternakan walaupun berdepan dengan peningkatan kos dan saingan sesama syarikat penternakan.

Pengerusi RISDA, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif berkata “Permintaan lembu untuk ibadah korban meningkat tahun ini berikutan orang ramai teruja untuk meraikan Aidiladha selepas dua tahun berdepan dengan sekatan pergerakan kerana pendemik Covid-19.”

Pengerusi RISDA, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif ketika berucap di Majlis Qurban RISDA 2022. Foto: Suara Merdeka

“413 ekor lembu telah dijual untuk ibadah korban walaupun belaku peningkatan harga mendadak mencecah RM4,000 sehingga RM6,000 berbanding sebelum ini hanya RM3,000 hingga RM4,000. Ini menyaksikan nilai jualan dalam musim korban ini sahaja mencecah RM2.065 juta.”

Dalam pada itu, bagi menyokong bekalan industri makanan, RLSB buat masa ini mampu mengeluarkan sebanyak 6,000 ekor lembu setahun melalui ternakan secara fidlot oleh 23 orang usahawan ruminan di 3 ladang fidlot untuk daging segar bermutu.

Jumlah ternakan secara integrasi pula akan ditingkatkan kepada 10,000 ekor bagi memenuhi permintaan daging tempatan yang diternak di 10 buah ladang sawit milikan RISDA.


Pengurusan ternakan yang dilaksanakan RLSB kini membantu ke arah meningkatkan keluaran daging segar tempatan yang berstatus halal selaras dengan Dasar Keselamatan Makanan Kebangsaan dengan menghasilkan daging halal melalui hub pemprosesan daging di Semenyih.

Para petugas sedang mengasingkan daging korban sebelum proses agihan pada Majlis Qurban RISDA 2022. Foto: BKKRISDA

Selain itu, RISDA juga turut menyasarkan untuk menjadi peneraju pengeluar daging halal tempatan menerusi kerjasama strategik secara rasmi bersama beberapa syarikat pemasaran iaitu Koperasi Pos Nasional Berhad, Protaz International Sdn. Bhd. dan Mamu Livestock Sdn. Bhd.

Mohd Salim hari ini telah merasmikan Majlis Qurban RISDA 2022 di Puri Buana RISDA Bangi Selangor berkata “Pada tahun ini sebanyak RM13,000 diperuntukan kepada 13 buah Pejabat RISDA Negeri termasuk Ibu Pejabat RISDA untuk menjalankan ibadah korban, Aktiviti ini merupakan acara tahunan yang dijalankan oleh RISDA pada setiap tahun.”

Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif menyampaikan sumbangan kepada wakil dari Madrasah Tahfiz Ulumul Quran daripada Batu Kikir, Negeri Sembilan. Foto: Suara Merdeka

Dalam pada itu, RISDA turut melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dimana daging korban ini turut diagihkan kepada dua buah pertubuhan iaitu Rumah Bakti Al-Kausar daripada Bandar Baru Bangi dan Madrasah Tahfiz Ulumul Quran daripada Batu Kikir, Negeri Sembilan.

Penyampaian daging korban ini diagihkan kepada warga RISDA, warga KRH, anak yatim serta pelajar tahfiz yang layak dan menepati kriteria yang ditetapkan oleh pengurusan RISDA seperti staf kumpulan sokongan, kurang berkemampuan dan tidak pernah menyertai ibadah korban.

Sebanyak 12 ekor lembu dijadikan korban pada tahun ini melibatkan seramai 400 orang peserta yang terdiri daripada warga RISDA. – SM

Artikel berkaitan > RISDA fokus dalam pembangunan getah matang

 

(Visited 52 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button