Nasionalpilihan

RISDA fokus dalam pembangunan getah matang

DALAM mendepani pelbagai situasi dan isu berkaitan hala tuju industri getah negara, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) tetap optimis untuk memastikan pembangunan getah matang terus dipergiat demi memaksimumkan hasil produktiviti getah negara ini.

Melalui hala tuju perlaksanaan Program Getah Matang dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) yang telah dirancang, RISDA menambah baik program tersebut kepada empat komponen utama iaitu Program Peningkatan Produktiviti Getah (PPG), Skim Insentif Getah (SIPG), Skim Insentif Lateks (SIL) dan kemudahan Infrastruktur Pemasaran (KIP).

Menurut Pengerusinya Datuk Seri Hj Mohd Salim bin Mohd Sharif, Program Getah Matang ini adalah hasil penambahbaikan dan penjenamaan semula program yang dilaksanakan sejak daripada RMKe-7 dengan nama Program Pengurusan Semua Kebun Getah (PKG) pada masa itu.

Pengerusi RISDA Datuk Seri Hj Mohd Salim bin Mohd Sharif

“Melalui program ini, RISDA mensasarkan objektif kepada peningkatan keluasan kebun getah matang bertoreh, memberi kesedaran kepada pekebun kecil terhadap kepentingan amalan pertanian yang baik (GAP),

“Selain itu, program ini juga bertujuan memastikan produktiviti kebun getah matang ditingkatkan kepada kadar 1,800kg untuk setiap hektar dalam masa setahun, mengurangkan kebergantungan negara kepada import lateks, mewujudkan tenaga kerja tempatan yang terlatih dan mahir yang dikenali sebagai Operator Getah (Grab Rubber) serta sekali gus meningkatkan hasil pendapatan mereka kepada tahap yang maksimum,”

“Bagi menyokong kejayaan program ini, pada tahun 2022, RISDA telah memperuntukan sebanyak RM86.57juta bagi pembangunan produktiviti dan pemasaran pekebun kecil getah matang di seluruh negara,” katanya lagi dalam sidang media Majlis Perhimpunan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Bulan Jun Tahun 2022 yang berlangsung di Ibu Pejabat RISDA semalam.

Majlis Perhimpunan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Bulan Jun Tahun 2022 yang berlangsung di Ibu Pejabat RISDA semalam.

Ia bakal memanafaatkan seramai 39,620 orang pekebun kecil di selurh negara yang telah menerima bantuan tanam semula getah dalam RMKe-12 ini sekali gus meningkatkan pendapatan mereka.Fokus RISDA pada masa ini adalah bagi menjayakan peningkatan pendapatan pekebun kecil pada kadar RM4,500 sebulan sekeluarga pada tahun 2025 melalui pelbagai program stategik yang dirancang.

RISDA juga merayu kepada golongan belia terutamanya yang berada di luar bandar untuk menceburi bidang tanaman getah yang mana terdapat geran dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan melalui RISDA. – SM

Artikel berkaitan > Pekebun RISDA boleh mula mohon BMT

 

(Visited 429 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button