NasionalPendidikan

KPLB kenal pasti institusi pendidikan MARA rendah capaian internet

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah mengenalpasti beberapa buah institusi pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang masih mempunyai capaian  internet yang rendah.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pihak pengurusan MARA akan mengambil tindakan susulan berkaitan isu capaian internet itu tidak lama lagi.

“Kalau ada 55 buah MRSM, IKM, Kolej Profesional MARA semua ada jaringan internet tapi ada tempat yang mempunyai jaringan internet yang rendah dan ada yang mempunyai jaringan internet yang tinggi.

Jadi tempat yang mempunyai jaringan internet yang rendah sudah dikenal pasti malah MARA pun sudah turut kenal pasti, kita nak naik taraf yang itu sahaja.”

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis sambutan Hari Pendidik MARA 2022 di ibu negara, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri II KPLB, Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB (Dasar), Datuk Che Murad Sayang Ramjan, Timbalan Ketua Setiausaha KPLB (Pembangunan), Mas Rizal Mohd Hilmi dan Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf.

Mahdzir sebelum ini berkata, kementeriannya bercadang meningkatkan capaian internet di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menjelang pertengahan tahun hadapan.

Perkara itu jelas beliau, sudah dibincangkan bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) dan Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) untuk bekerjasa dengan badan berkaitan kerajaan (GLC) bagi menjayakan program. – SM

(Visited 180 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button